[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

BLOGGER BOY

Ada org sarankan aku suruh tengok cerita Blogger boy yg kat TV8 tu. Katanya bila aku tgok cerita tu mood untuk aku updet blog aku akan berkobar-kobar. Betul ke? Tapi aku rasa mmmg aku takde hati untuk berblogging buat masa ni.

Boleh dikatakan pengurusan masa aku skrg tersgt lah teruk. Boleh dikatakan sejak pindah di JB aku tak pandai nak uruskan sesuatu benda tu dgn betul. Aku tak boleh bezakan mana benda yg penting perlu didahulukan. Bila semua benda dah jadi tak terurus dan semakin lama semakin bertambah kerja, aku makin menjadi KELAM KABUT!Jadi dimanakah MAKSUTIMAH yg dahulu? Aku bukannya jenis nak salahkan org lain. Aku akan salahkan diri aku dahulu. kenapa mesti aku emo? Knp mesti aku nak marah2? Kenapa mesti aku nak paranoid?Oh rupa-rupanya aku perlukan PERHATIAN. tetapi PERHATIAN yg aku perlukan tidak siapa yg pedulikan. Aku nmpk siapa dia org yg ambil tahu pasal aku, ambil berat pasal aku, dan kisah pasal aku. Tujuan aku emo2 kat FB cuma nak sampaikan betapa stress nya aku kat sini dan nak kawan2 aku faham situasi aku. tetapi takde siapa yg pedulikan. Oh aku tak kisah….Tapi aku dah tahu siapa aku di muka bumi ni..NOTED!

anda selesaikan sendiri………

Sekarang ni aku dlm proses cuba untuk tenangkan diri, tak mahu emo2….dan tinggalkan benda yg aku rasa dah tak perlu aku buat. Apa benda tu..tak perlu la aku ceritakan. Sebab semua kwn2 aku tau yg aku ni bukan lah manusia yg baik. Ada cara tersendiri untuk menghiburkan hati. Tp jgn tak tahu pulak yg aku ni adalah seorang yg terlalu berfikir bila bersendirian….So apa je kelakuan yg aku buat mmg aku dah rela untuk tanggung sendiri.

Insya ALLAH bila semua proses ketenangan dah kembali ok dan aku dah back on track, Aku akan berblogging semula. Aku takde apa2. Aku ok kat sini. Dengan nasihat seorang adik kandung aku, hati aku terbukak sikit. Tak perlu lah aku nak share dgn semua org pasal emosi dan kegembiraan aku.Ok lepas ni aku cuba untuk berblogging semula ya. Aku akan kurangkan updet status aku kat FB. Itu janji aku pd diri sendiri..Bukan janji pd korang..laughing

 

Nota jari – Pd kwn2 maksu jgn terasa dgn entry ini…Ini hanya sekadar luahan peribadi jujur dr hati maksu. ..Kalau anda rasa anda rapat dgn maksu, Apakah tanggungjawab anda sbg teman rapat? Bukan tanggungjawab anda kepada maksu tetapi tanggungjawab anda kepada teman anda?renung-renungkan dan selamat beramal!

Leave a Reply

Upload files:

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Select File: