KotaKinabalu Day 1
2 minggu lepas aku bersama SBC dan 2 orang rakan opis lama aku telah bercuti ke KotaKinabalu selama 4 hari 3 malam. Menggunakan penerbangan murah AirAsia. Penerbangan ke Sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit macam tu, kalau korang nak tau dari pada pagi aku gerak ke Kl central then gerak pulak ke Lcct aku langsung tak menjamah satu haram makanan pun. Kelaparan amat sgt! Kesian aku taw. Aku ngajak yg lelain mkn dulu masa smpi ke Lcct semua tak nak sbb takutkan sejarah berulang kembali saat2 hampir tertinggal flight. Choooi!

So bersarapan aka lunch terus aku kat atas flight ni. Mahal pun mahal la janji perut tak bising. Mmg lapar yak amat sgt taw waktu ni. Masa penerbangan ni maksu order air tongkat ali dgn nasi Bukhara. Kasik tenaga up sket sbb nanti sampai je KK terus dah start aktiviti berjalan-jalan

Dalam pukul 1.30pm mcm tu kitorang semua smpi ke Terminal 2 kat KK ni. Sham dah menunggu kitorang untuk pick up kitorang. Sham ni kalau korang nak tau dia mengajar di KK. So sepanjang aku dgn yg lain2 bercuti kat KK ni dia merupakan supir kami lah.Maceeey Sham.
Ok aku nak bagi sikit info kat korang time berada di Imigresen Sabah ni. Mungkin ada yg dah tau dan mungkin yg baru pertama kali nak jejak ke Sabah ni mcm aku yg tak tau lagi. Nanti kan kalau korang masa kat imigresen dua akan minta IC and tiket penerbangan dan time tu pihak imigresen akan bg satu kertas umpama mcm Visa la. So korang kene simpan kertas tu sampai la korang nak blah dr bumi Sabah tu nanti. Minimum korang boleh duduk kat Sabah adalah selama 3 bulan je then kalau lebih korang kene reniew kertas tu. Lebih kurang mcm tu lah.
Sampai je Sabah destinasi pertama aku, aku minta tolong dgn Sham untuk pergi dekat mana2 maybank yg berdekatan untuk aku withdraw duit dr ASB aku. mak busy nok sampai kan nak kuar kan duit pun tak sempat.Setel je urusan kuar duit destinasi pertama adalah pergi ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam mcm tu. sebelum pergi ke Kundasang kitorang pi mkn dulu kat TENOM CAFE.
Inilah org2 yg join trip kali ni. Dari kiri Azura, Faiz, Sham, SBC dan juga Azraini.
menu yg kitorang order. Asam Pedas dan juga Tom Yam
Nasi Lemak rendang

kata Sham Jambatan kat atas adalah Jambatan Tamparuli yg dok Marsha nyanyi masa Af dulu tuh. Sepanjang perjalanan nak ke Kundasang Sham byk tunjuk kan jalan dan area rumah2 artis yg berasal dari Sabah seperti linda, lotter, Stacy Adam and lain2 la.Aku tak minat diorang semua ni.Bye.NEXT!
Dalam perjalanan nak ke Hotel Kinabalu Pine Resort singgah sekejap kat Gerai Pekan Nabalu untuk beli sedikit ole-ole. Motip baru je sampai dah sebok beli ole-ole kan?ha ha ha ha. Pedulik aku la bedah sbb dah tak sabar sgt nak beli ole-ole.

Pilih la mana satu yg korang berkenan. Byk jugak yg menarik oke.

Pilih-pilih. Jgn segan2.
hah yg maksu pegang tu dah selamat tergantung kat bilik maksu dgn ruang tamu maksu. Boleh dikatakan kat sabah ni maksu byk berbelanja untuk perhiasan kat rumah maksu sekarang.
Waktu ni baru je sampai diHotel Kundasang Kinabalu Pine Resort. Seperti sedia maklum kat Sabah ni lebih kurang sama dgn kat Indonesia jugak waktu dia cepat malam dgn awal masuk pagi. Dalam pukul 6 je dah hampir gelap gelita. Tempat nye sejuk yak amat..Naseb bek la aku ada standby bawak jaket aku. Kalau tidak habis la kekejangan sejuk punya pasal.
Nice kan. Konsep resort kan.Harus la rumah kayu kayan. Gerak sikit dah berbunyi. Untuk satu malam harganya adalah berjumlah RM160. Dalam promosi yg SBC pilih ni bilik kitorang termasuk dgn untuk sarapan dan juga makan malam. Bilik hanya disediakan kipas dan juga Tv saaja. Tak perlu aircond sebab dah sah-sah la mmg sejuk taw.
Konsep bilik yg aku dapat katil terpisah.Huk huk.Sedey oke
paham2 sudah!!
Mmg cantik waktu ni walaupun gambar yg aku amik ni tak cantik!!
Maksu dan SBC
Selesai mandi and urusan check in, kitorang bersiap-siap untuk aktiviti malam pulak. First pegi dinner malam yg disediakan dalam package penginapan kami. So korang tengok la menu yg kami makan ni yer. Not bad jugak masakan dari Sabah ni. Sedap dan berbaloi-baloi aku rasa menginap kat Hotel ni.
Tom Yam SeaFood
Chicken With Lemon Sauce (paling MANTAP)
Green vegetables
Mix Vegetables
Sliced Beef with BlackPaper sauce
Mushroom With Oyster Sauce
Squid With dry Chillies
Okeh selain dari disediakan makan malam percuma, untuk penginap Hotel Kundasang Pine Resort ni dibenarkan untuk berkaraoke secara percuma sampai LEBAM!!so aktiviti kitorang pun melalak sampai suara dah nak serak.Free oke..Apa lagi yg ko nak?Melalak je lah kan. Barang free sapa tak mao?ha ha ha![]()
So nantikan aktiviti aku dekat KotaKinabalu untuk entry yg akan datang yer.Tuuuuuunggu~

















January 24th, 2010 at 9:15 AM
Wah..Maksu..akhirnya ada update erk…
January 24th, 2010 at 2:33 PM
macam beshh je hotel nihh..siap bg makan mlm free..kire murahla tuhh..huishh jeles!!
January 25th, 2010 at 9:51 PM
Lagi Maksu !!
January 27th, 2010 at 9:31 AM
maksu dah semakin mantap mengeshoot gambar. tahniah. entry pas nih boleh la try skill fotoshop maksu. kita sharing2 yeh.
January 27th, 2010 at 3:07 PM
wauuuu!! cam seronok jer! hurmmm indah pic2… suka pic pertama skali tue.. wan pun pernah snap pic cam tue time g krabi. wink* x sabar nk g bercuti !!!!!!!!
January 29th, 2010 at 10:01 AM
aku tak pernah pegi east msia….one fine day nak pegi gak la..
mana taknya…asik ke negara asean jer…sampai lupa sabah sarawak….
cam best je pegi KK ni ….