PERTEMUAN ITU BERSYARAT, PERPISAHAN ITU MUTLAK!
”Perpisahan seringkali dicap sebagai musibah. Tapi, sebagaimana segala peristiwa dalam hidup, musibah atau masalah hanyalah kemasan yang membungkus sebuah pelajaran berharga. Kadang-kadang perpisahan sementara adalah jawapan yang terbaik. Meski pahit dan sedih, perpisahan tak jarang memberi kita ruang segar untuk memulakan cara hidup pd sisi yang baru. Hanya waktu dan kesabaran diperlukan untuk menguasai keadaan semula.”
Betul.Itulah yg bakal aku ‘bertemu‘ dengan “yang baru” pada 1 Dec ni.
Posting ini dibuat sekadar untuk memberitahu kepada semua rakan-rakan taulan aku, yang mengenali aku, yg menjadi sahabat aku bahawa aku akan dipindah kan ke Johor bahru pada 1 DEC nanti.Aku tidak akan sms mahupun call pada semua kawan2 aku di KL semata-mata untuk memberitahu hal transfer ini.Pada yg terlepas pandang aku tak boleh nak buat apa.Untuk lebih adil aku hanya membuat posting di blog dan terpulang la pada masing2 untuk membaca ataupun tidak.
Betul org kata ajal, rezeki, takdir, pertemuan, perpisahan semua di tangan Tuhan. kalau nak diikutkan 4 tahun yang lepas aku lari dr company Jepun aku berkerja diJohor Bahru semata-mata tak puas hati dgn pihak pengurusan mengenai increment aku.Aku lari ke KL senyap2 tanpa minta keizinan dr ibubapa aku.Start dari kejadian tu aku terus Banned untuk berkerja diJohor lagi.Skrg dgn tempat kerja yg baru rezeki aku sgt alhamdulillah. Dan skrg aku akan dipindahkan ke cawangan Johor Bahru bg menguruskan bahagian front liner yang mmg mempunyai masalah. Aku tak perlu menggunakan kuasa emosi untuk mempengaruhi minda aku.Tak boleh nak mengikut kata hati.Dan aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri bahawa aku utamakan life social aku.Bagi aku semua yg berlaku ada sebabnya.Cuma kita sebagai makhluk tuhan tak tahu apa perancangan yg terbaik tuhan telah sediakan untuk kita. Memikirkan sudut positif adalah yg terbaik untuk diri aku. Aku akan korbankan semua sekali yg aku ada di Kuala Lumpur selama 4 tahun.Dari segi persahabatan, relationship, faktor2 kemudahan dan mcm2 lagi.Dan kalau ada rezeki aku tetap akan meneruskan plan aku untuk membeli rumah diKuala Lumpur.Insya ALLAH.
Nota jari – Sejak pertemuan sehingga hari ini aku tak pernah berpisah dgn ‘dia’…..

















November 11th, 2009 at 5:40 AM
hmmmmm…..
November 11th, 2009 at 8:44 AM
Perpisahan adalah untuk kegembiraan waktu bertemu kemudian.
Saya akan sokong dalam apa jua keadaan. Itu saya janji.
November 11th, 2009 at 9:05 AM
Berita yang menyedihkan.
Di alam maya ini, kita masih boleh bertemu…kan Maksu!!
Ya, ada hikmah sebenarnya atas apa yg berlaku.
Mungkin ada sesuatu yg terbaik untuk anda di sana..
Jangan risau…kami teman2 blogger akan menjaga dan sentiasa menemani ’si dia’..
Betul tak Paksu???
November 11th, 2009 at 9:37 AM
Paksu
ala takper perpisahan manja2 je org ckp….nanti free maksu turun la KL(itupun tgok pada budget dan urusan diJB dah selesai)
Tq sbb menyokong
Kak Leez
Nanti lepas akak balik dr europe kita jumpa naar…
Kita boleh keep in touch dr blog fcbok email and mcm2 lagi kak leez…
insya allah kalau maksu turun kl nanti maksu akan bg taw akak awal2
November 11th, 2009 at 3:34 PM
rilek la maksu ye. tak jauh pun JB. nanti kitorang nak gi singapore nanti leh singgah mandi kat umah maksu yeh.
November 11th, 2009 at 3:45 PM
encik sepul
Maksu ok jer…rasa excited pun ada juga nak kesana..sebab dah lama tinggalkan JB.tapi berat jugak nak tinggal kan KL..sebab byk gilew kenangan kat KL ni.Apa2 pun keep in touch la nanti….boleh kita serang singapore reramai nanti yerk
November 11th, 2009 at 6:01 PM
terkejut ku disini..
jgn risau yer maksu… semua nie dugaan dan rezeki tuk maksu kay..
jgn luper org kat sinie dan kiterorg sentiasa berdoa kesejahteraan maksu kay..
aper lagie.. LQ jeumss
muachh
chiow bello…
November 11th, 2009 at 6:47 PM
maksu…. nk nanges aku baca entry ni. aku x suka…..
November 11th, 2009 at 8:12 PM
OK lagi JB.. masih di tanah malaya lagi…
tapi tu laa.. baru jumpa maksu sekali jee.. tertiba dah nak kena pindah..
so bila last boleh meronggeng kat KL lagi nihh.??? hehehhe..
ada masa & rezeki kita jumpa lagi eh maksu..
November 12th, 2009 at 3:09 AM
Alaaaaaaaaa baru jer kenal Maksuuuu dah nak kena pindah bagai…
tapi orang kate rezeki… alhamdulillah…
Maksuuu before maksu ke sana…jumla lepak ramai-ramai…
November 12th, 2009 at 9:05 AM
Take a good care of urself …all the best & may u happy with the new life in Johor Bahru…
November 12th, 2009 at 9:29 AM
Cik Na
Terima kasih Cik Na.Yup tak kan la maksu nak lupa kawan2 maksu lagi-lagi kawan blogger maksu.Maksu anggap ni rezeki.Dah smpi masanya maksu kene patah balik ke JB semula.Jom CIk Na kita ke Laquen lagi.hi hi hi.Maksu dlm 27/11 dah gerak ke jb rasanya
Celebi
jgn la mcm tu.Aku kat rumah sorang2 asek nanges je nak tinggal kan kau dgn romeo..
November 12th, 2009 at 9:35 AM
WanScorchys
ha ah wan naseb baik maksu kene transfer ke Jb je..Bila mau jumpa b4 maksu balik jb ni wan>jom la…
Abah
Tu lah abah, maksu anggap pun ni rezeki.Rerajinla keep in touch naar.Jom kita jumpa b4 maksu balik JB
Akim
Yup i will take care of my self kat Jb nanti and hope new life kat sana can be better dr KL.Oh sedey nya.Anyway TQ and hai Akim.
November 12th, 2009 at 9:47 AM
Alamak!!! maksu pindah ke? hurmmmm… ingat wan je bakal pindah ke bandung, maksu pun sama?( ehh itu tipu…. kah3 masih mampo utk lawak2)
wahhh tak sangka wan, sorang2 pergi.. mula2 dayang… pastu feena… kini maksu pulak.. huk3, makin ilang kwn2 lama wan.. kwn2 baru mmg bersepah.. tp utk dijdkan teman borak,sembang,bagi nasihat,dengar luahan susah nak cari maksu..
Apa2 pun wan tetap sokong ngan keputusan maksu… sejujurnya kerjaya itu adalah keutamaan, kerna dialah punca rezeki kita… Yg terbaik maksu fikir, yg itulah wan sokong… Lagik pula maksu dah tua(oppsss,) so harus pikir tentang masa depan.. Skali skala terasa gian utk bergumbira, turun kl.. apa susah kan?
Cuma wan akan sedeh2 cam cece…. huk3. Hanya blog jer akan jadik pencerita tentang kisah kita… Sentiasa update dan singgah2….
.. ‘perpisahan itu bukan pengakhiran…’ bye maksu wan nak g bandung sat!!!
November 12th, 2009 at 10:09 AM
WanKhairy
Alahai panjangnya pesanan cik wan.Terharu-haru maksu.Betul ckp wan.Kerjaya kene utamakan.Kalau kita takde duit takde sapa nak pandang kita.Contoh mcm masa maksu menganggur dulu kan.Non ado sesapa.
Hubungan kita sbg kawan tetap berterusan walaupun berjauhan.Jgn bimbang kalau maksu turun Kl untuk lepaskan gian of cors maksu akan info cik wan..
November 18th, 2009 at 10:25 AM
begitu… baek saya menunggu kamu call2 ajak lepak atau cha-cha. selamat maju jaya dimana saja anda berada… muahx.
November 24th, 2009 at 4:53 PM
kalo kene transfer musti ade sebab..tp kite sbgai org bwahan, kene la ikut ckp bos/mgmt..hmm…tunggu la nnti kalo aku jd bos..aku tarik ko g KL smula..jd PA aku..haha..jgn marah ek..gurau2 aje..huhu
apepon, all the best in JB…tunjukkan kehebatan MAKSU pd warga ARB JOHOR!!