[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Penang Trip

Esok maksu akan pergi ke Penang. Perjalanan hanya 1 hari saja. Tiket Airsia ditempah tahun lepas masa mereka membuat promosi. Pergi-balik hanya RM15 sahaja. Maksu akan pergi bersama SBC, Syahbani, Azraini dan juga Siti Azura. Kebanyakannya tidak ingin bermalam disana, jadi, kita pergi makan dan balik pada hari yang sama. Kita akan naik ERL pergi ke LCCT. Ini adalah perkhidmatan yang terbaru ditawarkan oleh KLIA Express. Kita dapat tiket percuma yang berharga RM12.50. Perjalanannya adalah naik ERL dari KL Sentral ke Salak Tinggi, kemudian tukar bas ke LCCT.

Azraini telah sediakan itenarary untuk esok. SBC pula sediakan senarai makanan yang perlu dicuba, antaranya adalah seperti dibawah:
1. Fried Koay Teow
2. Chee Cheong Fun
3. Hokkien Mee
4. Assam Laksa
5. Mee Goreng
6. Wan Tan Mee
7. Nasi Kandar
8. Cendol
9. Ice Kacang
10. Roti Canai
11. Fried Oyster
12. Seafood

Persoalannya, mampu ke nak makan semua?konsep kami sekadar jalan-jalan sahaja dan acara bebas.

Nota jari-semakin hari semakin sayang

3 Responses to “Penang Trip”

  1. have fun maksu…

  2. Maksu, yang mana satu sempat makan tu? hehehehe

  3. WOW konsep pergi dan balik..
    demi makan2? je…
    hebat, konsep artis hollywood!
    wan percaya maksu mampo mkn semuanya…

Leave a Reply

Upload files:

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Select File: