[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Secret Recipe’s

Published by maksu on November 29, 2009

Kiranya aku minggu-minggu akhir kat KL ni agak la kemurahan rezeki yg aku terima. Korang jgn muntah darah pulak tengok kat blog aku ni penuh dgn gambar-gambar makanan tak sudah. Inilah yg dikatakan rezeki masyuuuk. Ade je makhluk tuhan yg sexi2 nak belanja aku makan. ALHAMDULILLAH.TQ so much guys.

Nak dipendekkan cerita dan membanyakkan gambar sehari selepas Azraini belanja aku kat Kenny Rogers, ex-officemate aku iaitu Noor Baizura aka Kuntum telah pesan awal2 kat aku masa last day kat opis cakap free kan diri aku untuk 25/11/09. Dia nak belanja aku kat Secret Recipe’s katanya. So aku pun meluangkan masa 25/11 hari tu tok pegi jmp dia kat Secret Recipe Avenue K bersebelahan KLCC tu.

Pembasah  tekak yg kami order.

Kalau pergi Secret Recipe’s tak sah kalau tak mkn kek kat situ kan.

Meatballs Bolognaise

SBC kepingin makan burger dr Secret Recipe’s

Dan maksu hanya sekadar makan Mushroom soup sahajjer. Nak taw kenapa. Bukan la sbb diet or so what eva kan..Tapi kalau korang nak tau ;unch masa 25/11 tu maksu dah mentekedarah kat Mdm Kwans.Tu yg masih kekenyangan lagi.

Hah pompuan ni lah yg belanja aku kat Secret Recipe’s tempoh hari. Terima kaseh kuntum. Moga kau dimurahkan rezeki dan perhubungan kita takkan terputus mcm tu jer. Biar lah org nak pisahkan kita ke nak jauhkan kiter je. Janji kau tau tok keep in Touch dgn aku sudah.Insya ALLAh hubungan akan berkekalan.

Yg join hari tu adalah aku, Kuntum, Bond dan juga SBC.

Nota jari – now aku tak bole tdo.SBC kemain lg tidur.Esok aku dah gerak ke JB tok setelkan urusan rumah.OH!KL~

Mdm Kwan’s

Published by maksu on November 28, 2009

Kan aku dah ckp jgn kasik aku stress. Kalau aku stress je kompem punya aku akan melantak je selagi boleh. Hah kali ni pulak dgn sengaja nya aku nak nunjok kat korang yg aku hr tu ada jalan2 kat Pavi sorang2 untuk setelkan urusan TM streamyx aku, uruskan Bil and simcard celcom aku.Kalau korang ada follow status FB aku yg agak kenoyaan sikit tu tempoh hari. So korang taw la yg aku hr tu mmg stress gila babing jd jln penyelesaian nyer mudah je. MAKAN!!

Yess!! Dapat jugak aku melantak Nasi Bojari ni secara solo kat Mdm Kwans. Superb best sambal udang kat Mdm Kwans ni.Hari tu aku just mkn Nasi Bojari jer.Sbb belah petang nya nanti aku ada org nak belanja lagi kat secret recipee pulak.Weii takde ke yg nak belanja aku kat Chillis..

Kenny Rogers..

Published by maksu on November 28, 2009

Last week aku mmg dah tak pergi kerja. Cuti rehatkan diri mahupun minda bak org kata. Dengan bermacam-macam masalah yg timbul so terapinya mudah je ‘makan’ dan ’shopping’. SO shopaholic women kan. Pedulik kan bedah. Janji guna duit kau sendiri. And minggu lepas jugak Perempuan dekat atas tu belanja aku makan dekat Kenny Rogers KLCC. Aku pun dah lama jugak tak pekena Kenny Rogers roasters ni. Oh ye nama perempuan kat atas tu adalah Nur Azraini. Satu opis dgn maksu. Dan sekarang tak lagila, sbb dah sah-sah maksu punya opis skrg kat JB.. Se sepanjang hari tu Az belanja aku mkn and ada sikit gosip2 pasal opis yg tak perlu la aku nak cerita kan kat sini. At least aku taw antara sebab2 yg sgt tak relevan.Okeh korang layan gambar ni.

Nama pun blogger kan..Apa nak kisah?

Strawberry Youghart dgn Cappucino Blended.

Maksu order dari set Chicken And Pasta Meal Beef Bolognaise

SBC pun order dari set meal yang sama jugak, Cheezy Chicken.

Nota jari -  Azraini TQ so much atas hadiah yg kau berikan….Aku akan guna hadiah kau tu sebaik mungkin.