Hadyai Part 2 dan 3
Published by maksu on January 17, 2010Sambung lagi stori pasal hadyai yer adik2 semua…
Lepas minum2 air kelapa tu we olls jejalan sana sini situ kat area Hadyai ni dan belah malamnya pulak aku dgn Kak Leez pergi ber urut. Bak kata Kak Leez la kalau dah ke Thailand ataupun ke Indon tak sah la kan kalau tak ber massage ni. Aku mmg niat turun ke Hadyai dgn Blogger kali ni mmg aku nak try urutan dr Thailand ni. Best ke tak massage diorang. Aku dgn Kak leez sibuk la dok cr kedai massage yg harga paling rendah dan paling semurah-murah tidak. Cari punya cari last-last kitorang dpt harga 2jam massage dgn harga RM50 sahaja. Ok la kan?
Air kelapa yg berharga RM4. Tak sedap pun…Tawar!
Gambar kat atas tu selepas selesai aku bermassage. Korang nak tau tak..perempuan ni kan dok usha2 aku and kacau2 aku suruh buat urutan Batin..CHOII!! Digentelnya tetek aku, dicuitnya adik boboi aku..mcm2 la dibuat. Tapi aku ckp aku tak nak…Aku nak urut biasa2 je…Si SBC dah dok gelak2 tgok aku kene kacau.ceh!
Pas bermassage kitorang pi basahkan tekak dulu. Aku suggestkan kat diorang suruh try minum kat sini. Sbb dulu masa 1st time aku pegi hadyai dgn SBC kitorang pernah try minum kat kedai ni. Rasanya best jugak…
Aku order Lai Chi Kang.Kebaboooom meletop rasa air ni…
Aku tak tao apa nama menatang menu ni..hehehhehe. Sori
Waktu ni aku bersemangat untuk berjalan ke sana ke mari sebab lepas massage rasa mcm bersemangat pulak. Yerla urat2 yg kendur(kendur ke?) dah diketatkan balik masa berurut tadi…Time ni kitorang berjalan-jalan tok cari Pre-hadiah untuk wedding EN Sepul dgn Nita. Hadiah dr Hadyai. Hadiah kat Mesia lain nanti kitorang bagi.. Untung tak jadi kwn kitorang.eh tetiba angkat bakul sendiri.Ahh tak kira lah…
Misi untuk mencari hadiah en sepul dan Nita diteruskan….
Waktu ni dah selesai mencari….Misi mencari makanan untuk dilapah kat dlm bilik hitel pulak.
Terjumpa nasi lemak. Kitorang bungkus 2 je.
Konsep menghabiskan duit syiling Hadyai yg ada. Buat apa nak membazirkan?
Kak Leez teringin nak makan Pulut durian, tapi takde rezeki sebab durian dia nmpak mcm tak seksi je..So tak jadi belilah.
Kalau korangnak details cerita pasal Hadyai ni korangboleh pegi blog ni(klik sini)
PART3
Keesokan harinya dalam pukul 830AM mcm tu kitorang dah check out dr Hotel yg mcm Cerita Juon bak kata Che Burn.Hahahaha.Sabor je la aku.Penakut jugak engkau erk che burn walaupun bdn sebesor gunung.Ops…Pagi2 tu kitorang sarapan kat kedai Muslim.Mkn roti canai je.tapi mahal yak amat bak kata celcom tak berbaloi-baloi la. Tapi nak buat mcm mana. Perut pagi2 nak kene isik jugak kan. Kalau tak kelaparan bosnia herzovogina la jawapnya.
Gambar kat atas tu menunjukakan bahawa mereka sedang bengang sebab tersalah station. nak pegi ke station bus tapi ter sasar ke station keretapi. Mampu?hahahahaha
Yeay!!!dapat naik van tok pegi ke border…Van bergerak je memasing terus ZZzzzZZZzzz. Termasuk la aku!!
Masa kat border ni kitorang shopping lagi…Eh baru teringat aku ada beli buah la time kat sini. Jap nak pi mkn la….amik kat peti ais..
AKu shopping siket2 je..
Ayam Goreng ni nampak seksi kan korang…
Dan juga mee Hoon Sup ni. Seksi dan meng ghairahkan. Tapi kitorang mkn kongsi2 je.Konsep kata Kak Leez menghabiskan semua duit Hatyai yg tinggal…So bedal je la ke makan. Tak Gitu kak?
Nota jari – Aku tak sihat lagi ni.![]()
Hatyai Part 1
Published by maksu on January 13, 2010Okeh korang, entry ni cerita last week. Ye ke? Rasanya last week kot.Hontam saja lah labu. Byk sgt agenda planning aku lately jadi agak keterlupaan sikit. Tapi takpe lah. Abaikan je. Masa tahun baru aku kat KL then pagi tahun baru aku da gerak pegi ke Sempadan Thailand bersama geng2 blogger aku. Mmg dah diplanning dr awal tapi maksu last2 minit br dpt bg confirmation sbb cuti br approve. Jd en sepul maksu takde kene mengena dgn rancangan nak surprise kan hang kat kampung masa wedding haritu. Mak takde kene mengena yer..And guys maksu minta maaf sebab sepanjang perjalanan maksu hanya tidur, tidur dan tidur..Almaklum la kemabukan dan juga kepenatan tahun baru.ops!!
Kitorang naik kereta kak Leez untuk perjalanan dari Kuala Lumpur sampai ke kayu Hitam. Then parking kat area TheZone untuk sehari suntuk. Charge untuk parking lebih kurang RM12 cenggituh. Apa lagi tong tong la. Oh ye sblm aku terlupa kitorang punya travel manja-manja ni kene bayar taw. Ala2 mcm rombongan persekolahan tu. He he he.Kitorang pergi ber5 jadi apa je bayaran kene bahagi lima la. Adil kan. Tak kira la dr segi tol ke, minyak ke, upah driver ke (ada ke?) apa2 je lah kene bahagi 5. Jimat pun Jimat kan. And Kak Leez Tenkiu Sooooo much sbb sudi nak me release kan kerata akak ni untuk travel pegi kenduri kahwin En Sepul kita. Makaseeeey Kak…Terlebey terkurang halal ye kak…
Blogger yg pegi adalah maksu, Burn dan Qis(laki bini oke), kak leez, dan juga SBC. lily tak dpt join disebabkan hal berkenaan kerja. Takpe next time kita pi travel sama-sama pulak ye lily.
Erm bila teringat balik kisah kat Imigresen rasa mcm tensen pulak. Mgkin ini boleh dijadikan info untuk korang jugak yg pada sesiapa akan pergi ke Hatyai atau Thailand. Nanti masa korang nak pegi cop korang punya pasport tu make sure taw korang isi sendiri dia punya bording pass tu. Kalau korang suruh dia isikan jgn malu jgn segan la kene hulurkan RM2 sebagai upah duit kopi. Nak marah mmg tak bley la sbb kat imigresen situ mmg dah mcm jd budaya diorang. Itu masa isi bording pass, belum lagi cop..Kalau cop pun kene bayar jugak…Hah sakit hati tak….Maksu sakit hati lite2 je.,hehehhee.Ni sbg info je lah..Kalau korang tak nak amik tahu maksu tak rugi apa2 pun..ye tak gitew?
Thailand dan Hatyai sudah dua kali maksu jejak. Insya ALLAH ada rezeki boleh pergi lagi. tapi bila erk. Kali pertama pergi ok lah..Kali kedua pergi pulak maksu dgn SBC mcm agak keboringan sikit and kitorang tukar duit Baht pun sikit je. Sbb mcm dah tau apa yg ada dekat Hatyai. kali ke3 nanti tak tau la mcm mana. Ada rezeki pergi, takde rezeki duduk rumah diam-diam sudah..kan kan…
Kitorang bermalam di Hotel Indera.budget Hotel je. Sbb nak duduk pun semalam je. So takde la feeling nak mewah2 sgt. Satu malam cuma charge Rm50 mcm tu.So bahagi kan la. Dan of course la kami yg laki2 ni duduk satu bilik dan perempuan duduk satu bilik.. No no no….satu bilik. Tidak dibenarkan oke. Walaupun suaimi isteri. Konsep nak jimat kan…so kene share2 la.
Okeh lepas je kitorang selesai check in bagai aturcara pertama adalah mengisi perut yg sudah agak kelaparan dari tengahari lagi. So lepas setel je mandi manda, tukar baju and keluar dr Hotel terus misi mencari Kedai makan yg bersesuaian dgn anak tekak.
Cari , cari dan mencari akhirnya jumpa jugak Restoren Hameed yg dicadangkan oleh Kak Leez. Kak Leez beria-ria ni ckp kalau pegi Hatyai kene makan dekat Restoren Hameed ni. Sbb restoren ni salah satu dr yg popular jugak la kalau kat Hatyai.
Gambar ni mcm comel je aku tgok KAK LEEZ..Kak Leez Peace…hehehehe
Gambar kat atas tu menunjuk kan misi kami sesat entah kat mana entah semata-mata untuk mencari Restoren Hameed. Susah la org Hatyai ni tak pandai ENglish pastu feeling mcm faham apa yg kitorang tanya. DOk tunjuk sana, situ sana sini lah..Last-last SESAT la jawapannya. Akhirnya kitorang decide tanya dekat Tuk-tuk samaada tahu ke tak Restoren Hameed ni. Alhamdulillah driver Tuk-Tuk ni tahu pun kat mana Restoren Hameed ni terletak dimana. Ok la kan. Agak berpeluh jugak la aku waktu ni.
Tadaaaa….jumpa pun akhirnya. Alhamdulillah. Nanti kalau korang gi Hatyai aku suggestkan korang mkn katRestoren ni oke. Sedap dan Mur2 harga dia..
Bila dah smpi sambil tunggu order nak siap harus la pose kan.Apa lagi pose, pose dan pose…..Ok korang nak tau apa yg menu kitorang order?ok scroool ke bawah yer.Oh ye kalau korang nak tau kos untuk kitorang makan ber 5 je ni termasuk air kalau aku tak silap lebih kurang dlm RM80++ mcm tu. Tapi seingat aku mmg bawah dr RM100 la. Kira murah la kan. SO cuba korang tgok apa yg kitorang menketedarah hari tu kat Restoren Hameed ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ikan Siakap 3 rasa
Tom Yam Kong
Kerabu Mangga
Kailan Ikan Masin
Ayam Goreng Kunyit ( kegemaran SBC neh)

Selesai makan harus la agenda Shopping u alls…Aku waktu ni takde la berbelanja sgt. Just tgok apa2 yg patut je. takde benda yg nak dibeli pun. Yg aku beli pun just kacang gajus je. Itu je kot..
Pastu kan dah penat je jalan kitorang nmpk ada jual air kelapa then teringin nak try air kelapa kat Thailand ni. Erm rasanya sama je dgn air kelapa kat Mesia. Takde spesel pun. Sp[ecial nyer cuma tang harga je lah kot.
Ok smpi sini je dulu yerk…Tang part malam hari kat Hatyai aku akan story kan kat Part 2 yer. Sabar yer adik2 semua…
Nota hati dan perasaan – teringat kat satu pesanan ”kalau tak boleh jgn paksa diri”
















