[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Farewell Untuk Tuan Hj Ridzwan.

Published by maksu on April 11, 2010

Ini cerita sebulan yang lepas.Al maklumla kesibukan yang melampau-lampau sampai tak sempat nak ber updet. Sebulan yang lepas Tuan Hj Ridzwan salah seorang Senior Manager di AmanahRaya Berhad yang selama ini ditugaskan di Zone Selatan telah berpindah keJabatan lain, maksudnya berpindah ke Kuala Lumpur. Biasalah ARB pindah randah bukannya cerita baru. Kemungkinan besar nasib aku pun akan serupa dgn Tuan Hj Ridzwan…

Pihak cawangan AmanahRaya Johor Bahru telah merancang untuk mengadakan satu majlis makan2 khas untuk Tn Haji Ridzwan  sempena perpindahan beliau. Okeh layan la gambar di bawah ini.happy

Bertempat Di JB Catering.

Staf-Staf AmanahRaya Johor bahru. Sikit kan? Dengan tak sampai tenaga kerja 20 org ni lah kitorang kene achieve target sebulan untuk dapatkan profit RM72,000. Korang bayangkan la sendiri. Tapi alhamdulillah. Buat masa ni cawangan JB masik mendahului dalam mencapai profit syarikat. tahun lepas je Jb dapat kumpul 1.1 Juta Ringgit.Cuma JB masalahnya………(tak boleh cerita sebab P&C)

Ketua Cawangan aku yang baru iaitu En Usman dan juga Tn Hj Ridzwan.

Hadiah dr kami untuk Tn Hj Ridzwan. gambar diambil oleh MaksuHakim dan diedit oleh **TEET**.cantik tak?

Hadiah dari mereka 2!~

Published by maksu on January 4, 2010

Aku rindukan teman-teman blogger aku. Dan disebabkan kerinduan aku dan tanda kasih syg diorang kat aku..kemana-mana diorang pergi, tak pernah lagi buat masa ni diorang tak bg aku apa2.Alhamdulillah.Hah dan baru2 ni mak dpt tahu yg kwn2 blogger mak ni ada yg ke Shanghai la dan juga ke Europe dan tidak dilupakan ke Bandung.Tu diiiiiiiia!. Haruuuuuuuuuuuuuuuuuuuus ketuk cukop2.He he he he.takde la. Gurau je. Terima kasey la kepada yg belikan maksu ole2 dr bandung, dari Shanghai and juga dr Europe. Apa yg di penting adalah tanda ingatan apabila pergi kenegara org dan NILAI brg yg diberi itu bukan diukur dr segi nilai mata wang. Pada maksu kalau korang pegi Jepun sekalipun dan bawakan daun pokok dr Jepun, maksu dah rasa terharu-haru manja sgt.Tanda Ingatan tu yg penting. Betul tak korang?Ok jom layan apa yg kwn2 blogger maksu belikan untuk maksu!~

Bungkusan daripada Kak Leez Crocs. Nak tau apa isik dalamnya. Jom zoom in~

Tada!~ ada tempat abu rokok, fridge magnet(kegilaan aku skrg neh) dgn key chain. Korang ado? kalau ado bagus la..

Hah yang kat atas ni pulak pemberian dari Qis and Burn. Diorang baru balik dr Shanghai. Jeles mak nok! Bila la agaknya maksu dapat gi sana yerk. Next! oh ye untuk pengetahuan korang la kan.Skrg ni maksu dah beria-ria nak kumpol fridge magnet ni. Sbb apa?nak tau? sbb nyer maksu kat rumah dah ada peti sejuk. So jgn segan2 ye nak belikan maksu fridge magnet.Makaseeey :)

Yang kat atas ni pulak pemberian dari Lily dan juga Nurman. Dengar ceritakan ada org tu nak buat acara tahunan untuk pergi ke Bandung.Wahh hebat. Maksu nak join boleeey? and Next~!

oke dan ole2 yang terakhir yg gambar kat atas tu adalah pemberian ikhlas dari Kak Lez. Kalau korang nak tau aku mmg ada kirim dgn Kak Leez melalui FB untuk belikan aku wallet baru. Iyer la memandangkan aku pun that time mmg baru je kehilangan wallet atas sebab2 kecuaian aku sendiri. SO nak kasik grand sikit tak mo dah nak pakai wallet dr mesia tu yg maksu terus terasa mcm nak pakai wallet dr oversea pulak. Tak kira la berjenama ke tidak. Janji wallet tu dah naik kapal terbang. Hah kalau korang nak tau wallet ni Kak Leez belikan masa dia dekat London.Cantik tak?cantik kan korang kan kan…Korang takde kan.jgn marah!hwahwahwahwahwa(gelak kejam). Apa pun pemberian korang maksu ucapkan jutaan terima kasey sgt2….kalau ada pegi mana2 jgn la lupa belikan lagi ye..lagi2 tang fridge magnet tuh.

Oh ye satu lagi kak leez ada bagi maksu satu kotak coklat ’sea sell Belgium’.Sori lah tak boleh nak masuk kan gambar tu kat sini sbb nanti korang terliur, nanti maksu jugak dipersalahkan.Tq kakak!!mwah mwah mwah

Nota Jari – lepas ni aku akan updet kan cerita aku pasal New Year, hatyai, Wedding en sepul dan juga kisah di Penang.Tunggu naaaar!~

Hadiah dari mereka

Published by maksu on November 24, 2009

Dari en sepul dan Nita.

Dari Burn dan Qistina

Dari IkiPutra

Hah yang ni tak boleh bgtaw.Hanya SBC je yg tahu sapa bagi…kan SBC.

Terima kasih atas pemberian hadiah ini.tak terfikir pulak maksu kalau org berpindah kene bg hadiah.Hadiah tak penting tapi bagi maksu adalah kenangan-kenangan yg maksu akan bawa bila berjauhan dgn kawan2 yg rapat di KL.Anyway tq again.Harap hubungan sentiasa berterusan walaupun jauh.

Aku dah dipuji, aku dah dikutuk, aku dah rasa ditinggalkan, aku pernah dalam wallet tinggal Rm1, aku pernah kene halau dari rumah sewa oleh kawan sendiri, aku pernah dipulaukan, aku dah dituduh mencuri oleh kawan sendiri, aku dah rasa dibuang kerja, aku dah try nak bunuh diri, aku dah kalerkan rambut kaler pink, aku dah mampu ada simpanan emas sendiri, aku dah ada partner yg bagus, aku dah ada kawan yg bagus, dan boleh dikatakan aku dah ada PENGALAMAN yg cukup bererti sepanjang 4 tahun aku berada diKL. Aku semakin matang dr segi persahabatan, pergaulan dan perasaan diri sendiri. Semua yg berlaku keatas diri aku sepanjang berada diKL aku percaya semuanya bersebab. Aku anggap 4 tahun yg lepas semasa mula-mula aku larikan diri dari JB ke KL adalah umpama aku mengambil peperiksaan di Universiti. Sekarang peperiksaan tu dah tamat dan sekarang dah smpi masanya aku pulang semula ke tempat asal aku mencari rezeki kat JB. Aku tak pasti lagi adakah aku masih nak tinggal di KL selepas ini.Aku rasakan hati aku berkata TAK. Kalau aku ke KL pun sekadar dtg melawat rakan2 yg rapat sahaja. Tapi apa2 pun yg berlaku dimasa akan dtg aku tak tahu lagi sebab diluar bidang kuasa kita sbg manusia.(series time ni aku manangis.)sad

Bagi aku KENANGAN adalah segala-galanya.

*tgh type entry ni tetiba lagu ”Salam Terakhir” by Ct Nurhaliza terpasang.hadohaaaai!sad

Terima la lirik ni dari maksu untuk yg mengenali diri maksu. Inilah luahan dari hati maksu sendiri untuk semua.

SALAM TERAKHIR

Sampaikan salam buat semua
Salam terakhir salam teristimewa
Kepada kau yang tersayang
Pada teman yang ku kenang
Pemergian ku ini tak dirancang

Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu
Kerna waktu berputaran
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

( korus 1 )
Demi sebuah kenyataan
Yang amat menyakitkan
Aku yang tidak berdaya
Hanya berserah padaNya

( korus 2 )
Salam akhir
Salam yang teristimewa
KepadaNya ku memohon keampunan
MelaluiNya ku beri kemaafan
Kepadamu

Andainya aku punya waktu
Masih ku ingin mengulangi semula
Saat indah bersama mu
Sayang tak berkesempatan
Abadikan saja salam ku di ingatan

Salam ku yang terakhir

Assalamualaikum~

(sekadar salam terakhir sahaja tak bermaksud apa2.Ajal dan maut adalah kuasa Tuhan.itu harus kita percaya)

Nota jari – aku dah start sedih dan berat hati.