[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Suasana Baru

Published by maksu on December 20, 2009

Assalamualaikum semua..

Rasa-rasanya lama ke aku tak update blog? agak lama jugak la. Seperti sedia maklum…korang pun tau kan yg aku dah memulakan kerja ditempat yg baru, dan company masih yang sama lagi. Banyak urusan yg aku kene setelkan dalam perpindahan aku ke Johor ni.Seminggu sebelum aku ke JB aku setelkan urusan mover lori, urusan simcard Celcom aku, urusan streamyx aku, urusan cari rumah yg kebanyakkan nya cancel last minit. Dan sekarang urusan rumah pun dah hampir selesai.Alhamdulillah. Walaupun mcm-mcm yg berlaku dan kdg2 insiden yg berlaku diluar dugaan aku menyebabkan aku dgn SBC selalu bergaduh. Biasalah ujian.Kononnya… Aku mcm biasalah ambil jalan senyap je bila bab2 bergaduh ni. Kalau dilayan makin teruk la nanti. Yang penting semua yang berlaku keatas diri aku masa dalam urusan perpindahan ni aku dapat selesaikan dgn sendiri dan of corsssla dengan bantuan SBC sendiri.tanpa SBC mungkin byk lagi kerja2 aku yg pending.TQ SBC..

Sekarang aku dah duduk diJB dah masuk minggu ketiga. Kalau nak cerita tu mmg tak cukup la satu entry ni, jadik utk memudahkan kerja, aku cerita kan pendek2 je yer berserta dgn gambar..

Enjoy~

Bilik aku tak siap lagi.Under construction. Tema bilik aku adalah coklat dan wooden.Kooonsep abang2 berkerjaya..wah gitew~Ko ado?

Rumah aku mmg banyak yg tak siap lagi. Byk benda yang nak kene renovate. Pastu dpt pulak agen property yg sgt slow mcm siput sedut. Sbb apa aku bg contoh mcm seput sedut. Sbbnya nak kene sedut dulu barulah dpt makan isinya kan. Mcm tu lah jugak agen aku ni. Nama je ‘manager Property’, kalau aku tak follow up smpi sudah la sinki aku tu tak bertukar. Oh ye ni aku nak bg siikit info. Kalau korang pindah rumah and korang pakai agen property make sure korang ketuk agen tu cukup2 yer. Mcm aku buat kat rumah sewa baru aku ni. Aku suruh cat kan seluruh rumah, aku suruh tukar sinki, aku suruh tambahkan lampu panjang 4 biji, aku suruh tukar pintu bilik, aku suruh letak kan langsir, aku suruhkan tukar flush baru, aku suruh tukarkan tombol pintu utama, dan last sekali aku suruh dia setelkan bil2 ygtertunggak tu secepat mungkin. Tapi korang nak tau yg baru ditukar cuma satu je tombol pintu utama. Itupun selapas dia pasang tombol baru, pun rosak jugak. Aku suruh ganti yg baru. Dah kene sembur dan merasa laseran maksutimah barulah nak gerak kerja. Cara aku satu je senyap aku bukan bermakna aku lepas tangan atau aku tak amik port. Sepanjang aku senyap sbb aku bg masa nak agent ni siapkan apa yg perlu. Tapi bila aku senyap dia pun senyap. tak leh jadi ni. Yang agent ni dok sms suruh aku sign agreement. Nak tau apa aku reply. ”Selagi semua urusan rumah ni tak siap dan ada lagi yg pending selagi tu saya tak sign tenancy agreement dan juga next month punya rental bulanan. Kalau satu bulan jugak tak siap byeness la jawapnya nok. Hah tu yg agent ni terbobok-bobok buat kerja. oh ye urusan cat pun dah setel. So skrg ni sedang aku mengupdet blog pekerja2 agent property ni tgh dok meng grill sinki aku untuk direnovate. Ciss tak dpt aku nak tidur waktu petang ahad!

Dah lama bebenor aku tak nyinggah ke Danga Bay…Sekali aku pergi hari tu dgn SBC dan juga housemate aku..Adohai…Tepu kepala otak. Takde org sgt.Yo lah mungkin semua org dok sgt tengok tv cerita anugerah skrin kot..

Dia tengah sebok dgn kamera sendiri.

Semalam aku pi lepak senibong dgn Along aku aka Azward aziz. Plan asalnya kitorang nak ke Pontian utk pergi ke Tanjung Piai tapi tak dpt pergi sebab Eddy dgn Joe kene berniaga kat Hutan Bandar. SO aku pergi Senibong mkn dgn mak angkat along. Yes dia belanja…yeeaha yeeeaha.!~ makan free lagi. Bukan along yg belanja yer adik2 semua tetapi mak angkat along yg belanja :P

Yg baju putih tu abg kandung along…Yg baju coklat tu Eddy namanya. Kalau korang nak taw sepanjang nak masuk 3 minggu aku dah kat JB ni. Tetiap malam minggu kat sinilah aku selalu lepak. Bazar kota JB. Ala lebih kurang konsepnya mcm kat Uptown mcm tu lah…mamat dua org kat atas tu berniaga malam hari. Bukan berniaga cik tot yer.. Tapi diorang berniaga jual icecream dgn Pop Corn. Agak mashuk juga lah aku peratikan..

dan aku dgn along tak delah tolong mana pun..Sekadar duduk dan pose saja…

Nota Jari – Hidup kat Jb ni membuatkan aku makin nak menyimpan aset membuak-buak.

PERTEMUAN ITU BERSYARAT, PERPISAHAN ITU MUTLAK!

Published by maksu on November 11, 2009

”Perpisahan seringkali dicap sebagai musibah. Tapi, sebagaimana segala peristiwa dalam hidup, musibah atau masalah hanyalah kemasan yang membungkus sebuah pelajaran berharga. Kadang-kadang perpisahan  sementara adalah jawapan yang terbaik. Meski pahit dan sedih, perpisahan tak jarang memberi kita ruang segar untuk memulakan cara hidup pd sisi yang baru. Hanya waktu dan kesabaran diperlukan untuk menguasai keadaan semula.

Betul.Itulah yg bakal aku ‘bertemu‘ dengan “yang baru” pada 1 Dec ni.

Posting ini dibuat sekadar untuk memberitahu kepada semua rakan-rakan taulan aku, yang mengenali aku, yg menjadi sahabat aku bahawa aku akan dipindah kan ke Johor bahru pada 1 DEC nanti.Aku tidak akan sms mahupun call pada semua kawan2 aku di KL semata-mata untuk memberitahu hal transfer ini.Pada yg terlepas pandang aku tak boleh nak buat apa.Untuk lebih adil aku hanya membuat posting di blog dan terpulang la pada masing2 untuk membaca ataupun tidak.

Betul org kata ajal, rezeki, takdir, pertemuan, perpisahan semua di tangan Tuhan. kalau nak diikutkan 4 tahun yang lepas aku lari dr company Jepun aku berkerja diJohor Bahru semata-mata tak puas hati dgn pihak pengurusan mengenai increment aku.Aku lari ke KL senyap2 tanpa minta keizinan dr ibubapa aku.Start dari kejadian tu aku terus Banned untuk berkerja diJohor lagi.Skrg dgn tempat kerja yg baru rezeki aku sgt alhamdulillah. Dan skrg aku akan dipindahkan ke cawangan Johor Bahru bg menguruskan bahagian front liner yang mmg mempunyai masalah. Aku tak perlu menggunakan kuasa emosi untuk mempengaruhi minda aku.Tak boleh nak mengikut kata hati.Dan aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri bahawa aku utamakan life social aku.Bagi aku semua yg berlaku ada sebabnya.Cuma kita sebagai makhluk tuhan tak tahu apa perancangan yg terbaik tuhan telah sediakan untuk kita. Memikirkan sudut positif adalah yg terbaik untuk diri aku. Aku akan korbankan semua sekali yg aku ada di Kuala Lumpur selama 4 tahun.Dari segi persahabatan, relationship, faktor2 kemudahan dan mcm2 lagi.Dan kalau ada rezeki aku tetap akan meneruskan plan aku untuk membeli rumah diKuala Lumpur.Insya ALLAH.

Nota jari – Sejak pertemuan sehingga hari ini aku tak pernah berpisah dgn ‘dia’….. :(

Iklan kejap!

Published by maksu on November 7, 2009

Sedikit info untuk anda semua…..Kira hebat jugak la org mesia ni erk dalam berfacebooking.Sumber didapati dari sini.Malaysia tangga yg ke-21.waooo…ikuti carta dibawah:

Rank Country Number of Facebook users %growth Jan 09 – Sep 09
1 USA 84,596,240 101.04%
2 UK 20,228,480 35.42%
3 Turkey 13,996,380 76.4%
4 Canada 12,667,220 16.62%
5 France 12,032,020 82.66%
6 Italy 10,903,620 95.21%
7 Indonesia 8,786,920 879.55%
8 Australia 6,591,640 52.23%
9 Colombia 6,488,200 78.60%
10 Spain 6,314,220 143.22%
11 Argentina 6,036,060 167.64%
12 Chile 5,465,740 31.61%
13 Philippines 4,832,040 1136.76%
14 Mexico 4,731,700 228.44%
15 Venezuela 4,223,740 125.36%
16 India 3,980,260 271.54%
17 Germany 3,875,800 208.71%
18 Malaysia
2,619,040
207.97%
19 Sweden 2,587,300 52.49%
20 Belgium 2,557,000 54.41%
21 Hong Kong 2,350,460 61.15%
22 Taiwan 2,257,340 1899.42%
23 Norway 2,193,820 50.66%
24 Denmark 2,100,840 18.27%
25 South Africa 1,899,600 106.43%
26 Egypt 1,896,120 130.51%
27 Greece 1,858,620 85.94%
28 Israel 1,782,700 106.95%
29 Singapore 1,650,660 123%
30 Switzerland 1,634,260 45.54%