[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Berbuka di Red Box Jusco Tebrau city

Published by maksu on August 28, 2010

Kali ni punya agenda berbuka di Red box Jusco Tebrau City. Aku pergi bersama Johan dan juga daeng Ezwan. Memandangkan aku habis kerja pukul 4.30pm jadi aku plan balik rumah dulu untuk tukar baju and letak kan makanan untuk milah. Kesian Milah kene tinggalkan lagi. Nak buat mcm mana dpt pulak papanya busy memanjang. Tp lewat mcmmana pun aku balik ke rumah, aku tetap luangkan masa utk milah sekurang2nya satu jam bermain2 dgn milah. Walaupun aku keluar kesana kemari, dalam kepala aku sentiasa teringatkan milah. Connection aku dgn Milah mmg kuat oke..

Motif cerita pasal Milah? Oke berbalik semula pasal Karaoke Buffet di Red Box Jusco Tebrau City ni. harga set buffet ni RM28++…Tapi kene masuk befor pukul 7pm, klu selepas 7 pm harga akan dikenakan sebanyak Rm38++.Hamek kau! Amik set dinner mcm biasa juga yg pakej sebelum2 ni….Nyanyi dr pukul 6 sampai pukul 1am. Apa lagi kau nak kan?SO nyanyi la smpi anak tekak terkeluar bagai.He he he. Orang gi terawih aku gi karaoke. Sekali sekala takpe kan….

Dah habis, tambah lagi, dah habis tambah lagi. DOk muka aku je la yg ulang alik amik makanan. he he he…Buffet kan. SO mkn la smpi dah tak mampu nak makan lagi. :D


Nota Jari – Nak exam …Wish Me luck…

Ciss!!

Published by maksu on November 7, 2009

Kejadian ni berlaku semalam(6/11/2209).Alkisahnya aku ditugaskan oleh bos untuk mencari tempat yang sesuai untuk membuat majlis jamuan sambutan harijadi untuk staf jabatan Cust.relationship Department Management.Aku search kat tenet nak mencari tempat yang sesuai.Nak dipendekkan cerita aku bukak laman web RedBox dan klik kat GreenBox punya party.Kat situ ada package party untuk 30 Pax.Means aku rasa sgt sesuai sbb jabatan aku tak smpi 30 org pun ahlinya.SO aku call no yg tertera kat internet dan buat arrangement dgn staff GreenBox dkt sogo tuh.Oke dalam perbualan aku dgn org GreenBox ni(berlaku last week) berjalan dgn lancar.So aku setkan masa dan tarikh untuk tengok tempat dan bayar deposit dahulu pada 06/11/2009(semalam la).Jadi tengahari semalam waktu lunch hour aku gerak pegi ke Sogo untuk bayar deposit.So ikuti perbualan ni dimana perempuan yang melayan aku tersgt la hampeh dan berani mampus dia nak menganjing kan aku..dia ingat dia siapa?

Maksu:Hai saya Azfar, last week saya ada called sini untuk buat reservation.And today saya nak buat payment Deposit.

redBox:Nama abg apa?

Maksu: saya Azfar

redBox:Oh abg ada call kami ye last week.

Maksu: ha leer.

redBox:abg nak amik package apa ye.Biar sy tgok list bilik ada kosong  lg atau tak.And tarikh nya bila?

Maksu: Saya nak package yg Party meriah 30 Pax tu.Hari tu masa saya call saya nak bilik tarikh 10/11 kan.so hari ni sy nak bayar deposit 3% dr harga bilik tu and nak tgok size bilik mcm mana.

RedBox:okeh ni package yg abg nak tu(sambil dia tunjuk risalah package Redbox) dan abg tolong isikan borang ni dulu.Letak particular detail abg and jenis makanan dan minuman yg abg nak.Dan pilih kek yg abg nak and nak tulis apa.

Maksu: ok sy isi kan kejap.

Bila urusan isi borang dah setel, aku terus bagi duit deposit dan pulangkan semula borang yang dah siap diisi.Dan aku dibawa jalan2 ke area bilik yg aku nak survey.Proses memilih bilik amik masa lebih kurang 15 minit.Dan setelah selesai aku terus buat pembayaran deposit dan pilih bilik mana yg aku nak dan rasa sesuai untuk department aku.Aku bayar Rm350 kat staff redBox tu.

Maksu: okeh ni duit deposit dan borang dah saya siap isi kan.Saya nak resit ye.

redBox:  ok abg duduk dulu saya pegi dekat cashier and buat resit kejap.

Maksu :o k

Perempuan ni pun gerak pergi ke cashier and buat resit.Tak sampai 10 minit dia datang balik dekat aku(hah yang ni drama dah start)

redBox: bang, abg ada member card tak?

Maksu: mana ada.Saya tak pernah apply pun member card.kena ada member card ke?

redBox: ha ah la bang, kalau nak amik package ni kene member je.Kenapa abg tak call dulu sebelum dtg.

Maksu: Bukan saya dah called ke and bercakap dgn one of ur staf.No yg saya called tu dimana?kaunter sini ke?

redBox: ha ah

Maksu: jadi siapa yang angkat?kan dekat schedule list u pun dah catit nama sy kan.Appointment harini.Saya nak taw dengan siapa saya bercakap dlm telefon.Sebab dia tak bg taw saya pun package ni kene member sahaja.

redBox: selalunya kalau over the phone mmg kita akn bg tahu cust yg package ni untuk cust sahaja.

Maksu: kalau saya tahu masa kat telefon u all ada ckp yg package ni hanya untuk member for sure hari ni saya tak kan dtg sbb saya bkn member.So skrg mcm mana?

redBox: selalunya yg dtg ni cust REGULAR kami bang.Jd diorang dah tahu kalau nak amik apa2 package kami mesti member sahaja.ABG TAK PERNAH PERGI REDBOX KE?

Maksu: Kenapa pulak?

redBox: bukan apa, kalau abg selalu pergi redbox mesti abg tahu package ni untuk member sahaja.ABg apply la member skrg.RM50 je.bukan mahal pun.

Maksu: tak payah la saya nak jadi member redBox kalau mcm ni.Information tak betul.Penat taw sy dtg kesini untuk reserve.Tup tup jd mcm ni.Kenapa u tak ckp dr awal2 masa sy dtg td.kalau u tahu ni package untuk member knp internet u tak announce kan.U tahu  tak dah 45minit sy kat sini br u bg tahu skrg.Duit pun sy dah bg.

redBox: saya ingat kan abg dah mmg member sbb nak pilih package party 30 pax ni.

Maksu: awak ingat semua org malaysia dah jd member card redbox ke?(aku dah start angin waktu ni)

redBox: takde la mcm tu bang.ala rm50 je abg apply je la.

Maksu: takpe la.x payah.saya tak berminat.Sebab sy bukan hari2 nak menyanyi semata2 nak dpt kan free satu jam tu.Kalau sy nak berkaraoke pun takde maknanya saya nak ke sogo je.Baik sy pergi ka pavilion atau ampang park.Ok lah saya nak duit saya balik.

Pastu setel.Aku dah start emo gilew waktu ni.Yang membuat kan aku marah sgt

1)bole pulak pompuan ni menganjingkan aku tanya pernah ke tak aku ni masuk redbox?

2)dah la tak mengaku diorang tak bg  tahu aku pasal package member only.

3)knp masa mula2 aku dtg tak tanya dulu yg aku ni member ke tak.dah siap isik borang, req nak kek yg mcm mana, jalan2 tgok bilik dah bg duit and nak buat resit.Baru nak bertanya.

4)pompuan ni bukan staff baru.Ko ingat ko pakai mekap mapan, kening cantas tak centre, baju hitam ketat pastu dgn layan aku endah tak endah..ko ingat ko siapa?aku cust ke kau cust?

p/s- dah la aku nak bg bisnes kat green box ni.dpt staff yg mcm ni mmg semua cust akan cabut aku rasa nya.Yer la mgkn package yg aku nak amik tu tak besar mana.Tapi janji 4 angka.Kalau tak nak bisnes senang je aku terus plan lain.jamuan tetap akan diadakan.aku plan nak amik catering je la.

nota jari – aku takkan banned redbox

Jom Karaoke!

Published by maksu on November 5, 2009

Dahsyat

Melly Goeslow

Meskipun cerita berawal dari benci di hati
Tak lantas kuurungkan maksudku untuk milikimu
Menyelami hatimu yang sempat terkunci untukku
Sampai mati kucinta

Dahsyatnya perasaan cintaku ini kepadamu
Seringnya kita tak sepaham teguh smakin mencinta
Satu hal lagi yang harus kau ingat dan kau pahami
Sampai mati kucinta

Sebuah lesung cinta terjadi dan harus terjadi
Terngiang kuimpikan secerah hidup ini
Dan setelah ada kita ku harus bersamamu

Dahsyatnya ingin aku milikimu
Tak bisa tahan lagi
Sebenarnya ingin hatiku
Kan curi kekasihmu
Sampai mati aku mencinta
Ku harus bersamamu

Dahsyatnya perasaan cintaku ini kepadamu
Seringnya kita tak sepaham teguh smakin mencinta
Satu hal lagi yang harus kau ingat dan kau pahami
Sampai mati kucinta

Klik sini kalau nak dengar lagu ni.Takpun korang search je la kat youtube.Lagu Dahsyat ni mmg maksu minat dr dulu lagi.Tak tau la knp.Mungkin melodi dia besh kot.

 

Nota jari – minggu depan aku akan karaoke dengan bos dan juga department tempat keje aku.Yeeaha!