Published by
maksu on
August 24, 2010

Adoyaiiii. Klu korang nak tau aku skrg dah addicted dgn minuman keluaran CoolBlog ni. Siyes aku ckp. Tak tahu la kenapa…sejak dua menjak ni aku klu ternmpk outlet Cool Blog kat mana2 pasaraya, for sure aku akan beli. Tak tahu lah kenapa..Dulu aku gila starbuxk punya hot choclate but now aku dah ketagih dgn air mocha and latte dr keluaran Cool Blog ni. Dah la murah, tak smpi Rm5 pun tapi kualiti and kesedapan air dia mmg kebabom. Nak kata aku mcm budak2..Argh pedulik haper. Janji puaaaas~!



Posted in Makanan | 2 Comments »
Published by
maksu on
August 15, 2010

Khamis lepas aku dengan dot dot dot pergi ke Hotel Thistle untuk berbuka puasa. Agak kontroversi jugak pd mana yg dah tahu. Tp yg dah lepas, aku anggap dah lepas. Bak iklan nokia kata “biar ikutkan hati asal kan berbaloi”. Ada beberapa teman yang nasihat kan aku. Ada yg boleh di pakai dan ada yg tak boleh di pakai. Jd secara muktamadnya aku decide utk berbuka di Hotel Thistle setelah beberapa faktor yg diambil kira.
Di Thistle harga buffet bagi ramadhan kali ni berharga Rm65. Mgkn bg sesetengah pihak akan menganggap jumlah Rm65 itu besar dan membazir jika nak dibandingkan dengan jumlah makanan yang diambil. Itu pendapat ‘mereka’ lah. Aku tak boleh nak halang bg pendapat setiap org. Tapi bg pendapat aku pulak, aku dah penat berkerja siang malam, apa salahnya sekali sekala aku beri ganjaran kat tubuh badan aku sendiri. Lagipun yg makan bukan org lain, diri aku jugak. Jadi kalau utk diri sendiri tak perlu lah nak berkira bagai. Am i right?

Okeh aku malas nak cerita yang dah lepas…Apa yg dah berlaku biarlah…skrg ni aku nak cerita pasal Thistle Hotel pulak. Apa yg menarik buffet kali ni adalah pelanggan boleh request setiap jenis menu seafood nak dimasak dlm apa jenis masakan. Itu yg aku suka. Aku belum pernah jumpa mana2 hotel lagi yg pernah aku pergi. Ada kerapu, siakap, udang tapi sotong takde. Sentap!

Yang ni wajib ada…kalau coklat tingkat ni takde for sure belum tentu aku akan pergi buffet tuh.hahahaha…aku lebih suka tang dessert dr local or wastern food taw…

Aku rasa kalau aku tak kontrol pemakanan aku, besar kemungkinan aku bolehkene darah tinggi. Sebab apa? sebab daging adalah kegemaran aku…Grrrrrrr

Ni aku ratah satu je…sedap u hools..

Ketupat Palas. tak sempat nak rasa sebab dah over load….

Ni aku wajib rasa…

Aku hanya amik nasi baryani je….mmg sedap sbb rempah dia cukup terasa…siyes wa cakap sama lu.

daging kawah..Kompem aku rasa dan ratah2.

Ikan masak sos thai. Terbaeeeeeeeeeeeeeeeek..

Daging lagi.

Udang masak lada kering. AKu rasa satu je..Biasalah aku kan mmg tak layan sgt udang dgn sotong or seafood2 neh.

Daging lagi….bentat la aku mcm ni kalau hari-hari.

kuah untuk nasi dagang kalau tak silap aku

Dan dessertnya…..kegemaran aku.longan. Byk kali aku ulang alik amik longan ni. Aku rasa mmg muka aku je yg dok ulang alik-ulang alik cedok kat longan section ni.pedulik haper kan..Dah bayar, makan ajo lah yob.


Nota Jari – aku akan diam selagi boleh diam dan bersabar…

Posted in Aktiviti, Makanan, Puasa | 2 Comments »
Published by
maksu on
August 1, 2010

Mari panaskan dapur(langkah pertama)

Pilih makanan yg korang suka kat restoren Rawa ni.Bayar cuma Rm18.Konsep makan sampai lebam..oke

pilih..jgn tak pilih


Daging mmg kegemaran aku kalau bbq


sedia utk dibakar


Selesai sudah..Harga cuma Rm18..murah bukan..
Nota jari- byk tempat makan kat JB aku dah serang..nanti sesapa dtg jb bg tahu la ye..aku boleh bawak cuma korang standbykan duit je lah
)

Posted in Aktiviti, BBQ, Makanan | 2 Comments »