[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Anugerah Bintang Popular(2)

Published by maksu on April 27, 2010

Anggaplah entri kali ini sekadar flashback ajo ye..Walaupun ABP dah hampir 3 minggu menutup tirai, aku tetap nak updet dan juga upload gambar yang sempat aku ambil sepanjang majlis berlangsung. Tak salahkan?big grin

Korang jangan muntah ye tgok gambar2 yang kat bawah ni. Agak byk jugak la. Pd sesiapa yg connection internetnya slow harap bersabar ye big grin.Jangan salahkan aku kalau loading lama sgt. Korang kene bersabar sikit.big grin

Kalau korang nak tahu, before majlis bermula aku plan mmg nak jumpa ElleRahman kejap sbb rindula katakan..Sejak aku pindah ke JB tak berkesempatan pulak nak beramas mesra dgn dia. Masing2 sebok. Biasalah tu. Memandangkan aku dah ada kat Genting ni and dia pulak ada mekap kan beberapa artis so dia ajak aku join dia sekali. Dapatla lepaskan rindu sekejap.big grin

Waktu ni Elle tgh mekapkan Marsha. Aku just lepak2 je la dlm bilik marsha ni sesambil berbual dgn PA si Marsha.

Lepas make over Marsha selesai, aku temankan Elle pulak pergi ke MAXIM SUITE. Peeergh Kelas!!nak tau siapa artis yang stay kat MAXIMS ni. Tak lain tak bukan adalah Aeron Aziz. Aku tak rasa aku nak amik gambar dgn aeron memandangkan dia sekadar berboxer sahaja. Boxer biru oke….

Jd aku plan duduk kat luar sahaja la sementara Elle mekapkan Aeron dan juga isteri beliau.

Itu dia..aku tgh sabar menanti untuk menangkap gambar2 artis yang lalu di Red karpet. Ini adalah pengalaman pertama bagi aku.hehehe. Terima kasih kepada kak Leez kerana cop kan tempat maksu didalam dewan sementara maksu di luar untuk ambil gambar di red Karpet.

Aizat

Linda Jasmin dan juga Que Haidar. peeergh baju Linda…Tak menahan.

Reza Era

Fizz Fairuzz dgn Awek beliau.

FaraFauzana(FAFAU)

Mukhsin

Wan Sharmila

Ifa Raziah

Faizal Tahir

Lan TheTypeWritter

Shaheizy Sam

Diana Dianealle

Kamal Adli

Stacy

Alyah

Dato Khatijah Ibrahim

Mawi dan Ekin. Kesian aku pada Mawi.Kenapalah org kat dalam dewan tu boo dia erk? Aku tak suka mawi jugak, tapi tak payah la smpi nak boo dia. Kesian Mawi…Bersabor je lah ye Mawi…

Maya Karin

Didie Alias

Dato Ct Nurhaliza

Michelle(Melodi)

One Nation Emcee performance

AinulAishah, DianaDaniealle,Takkenal,Marsha

Kumpulan Wings, Black, dan juga Jaclyn Victor

Konsert 2 Alam-Danga Bay

Published by maksu on April 24, 2010

Malam tadi aku dengan 2 org housemate aku pergi ke Danga Bay untuk menonton Konsert 2Alam Ramli Sarip yang dianjurkan oleh Dr Rozmey secara percuma. Haper percuma?t Hah tu yang bergalak nak pergi. Nak dekat 3 Jam jugak konsert Ramli Sarip ni berlangsung. Alhamdulillah rezeki dapat tgok konsert Percuma. Terima Kasey Dr Rozmey…

Konsert ini diadakan bg tujuan promosi Filem Dr Rozmey yang akan ditayangkan pertengahan Mei ini. Filem yang berjudul 2Alam ini penuh sarat dengan kisah kematian. Seram sejuk jugak tengok teaser preview filem ni. Dr Rozmey target Rm12juta untuk kutipan filem beliau. Kita nantikan aja sama ada capai target beliau ataupun tidak. Aku rasa mcm nak tgok sebab jalan cerita macam mampu menginsafkan kita.

Konsert 2Alam malam td penyanyi utama adalah Ramli Sarip…Penyanyi undangan pulak adalah Ella dan juga AMy Search.Peeergh. Ini kali ke-3 aku rasa aku dengar suara Live Ramli Sarip. Meremang bulu roma aku bila Ramli Sarip menyanyikan Lagu teratai dengan Kamelia.PEBRET aku tuh.laughing

Apa kata korang layan gambar yang aku sempat ambil malam tadi.

Konsert 2Alam-Ramli Sarip

Memang Layak digelar Papa Rock

Ella megambil tempat sementara Ramli Sarip tukar baju and rehat sebentar

Lepas Ella, digantikan pula dgn AMy Search.Pheeeewit!Muda erk Amy ni…Apa la rahsia dia?

Okeeh sambung balik lepas tukar baju. Time ni lagu mmg best walaupun Khatijah Ibrahim takde..Tiada music ye hanya bunyi petikan gitar aje.Peeergh mmg best!

Kat bawah ni ada klip nyanyian Andai KuTahu dari Ramli Sarip.Korang boleh klik dan tgok video previeew Filem 2Alam ini dan juga nyanyian Andai Kutahu dari Ramli Sarip..Layan~

Ramli Sarip-Andai Ku Tahu

Boleh dikatakan malam td agak ramai juga manusia yang pergi menonton Konsert 2Alam Ramli Sarip ni. So faham2 sendiri la time nak baliknye mcm mana. Takpe sebab bukan selalu aku dgn housemate aku lepak2 mcm ni.Lg pun esoknya bukannye kerja.

Oh ye aku nak story sikit masa aku ondeway nak balik menuju ke kereta. Aku telah disapa oleh seorang perempuan yang bernama Inzarin. Inzarin adalah silent reader blog Kak Leez. Dan dia kenal aku sbg ‘maksu’. TQ Inzarin sbb say hai kat Maksu…hehehehe.Itulah yg dinamakan kebetulan. Nasib baik maksu notice pasal Inzarin melalui Kak Leez. Cute jugak Inzarin ni erk.big grin.hehehehe. Ada masa kita jumpa lagi ye.

Nota Jari – Bali?argh takpelah..Harini ‘dia’ pergi ke bandar tukar duit…sad

Anugerah Bintang Popular

Published by maksu on April 23, 2010

 Eh rupa-rupanya aku ada pergi Anugerah Bintang Popular la.

Macam mana aku boleh terlupa nak upload gambar-gambar kat Anugerah Bintang popular erk…Okeh ni antara gambar-gambar yg aku rembat masa kat ABP di genting 2 minggu yang lepas..Layan~

Diana Daniel

Marsha

Rosham Nor

Pak Nil

Fouziah Gous dan Iqram

Nabila Huda

Liyana Jasmay

Salina Saibi

Alyah

Dato Ct Nurhaliza

Remy Ishak

Maya Karin

Akim

Samzy

Sapa ni erk?aku tak igt la nama dia…

Jutaan terima kasih kepada Kak Leez atas tajaan tiket kepada maksu..Mwah mwah mwah kat pipi kak Leez.tahun depan nak lagi boleh?hehehe

Nota jari-ada byk lagi gambar tp kalau nak tgok gambar korang boleh tgok kat FB aku….eh aku mana ada Facebook la~