[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Sarawak

Published by maksu on March 18, 2010

Hai guys seperti yg korang tahu aku skrg bercuti ke Sarawak Bersama Song Boon Choong. Berdua aje kali ni. Tak pergi ramai-ramai seperti travel-travel yang sebelum ni. Skrg ni aku kat dlm bilik Hotel 360Xpress City Center. Hotel ni menyediakan cable untuk kegunaan internet. Free ajo. Tu yg best. Insya Allah lepas aku balik JB aje and rehat dah cukup aku akan updet percutian kali ni secepat mungkin oke.

petang ni aktiviti kami berdua ingat nak pergi shopping beli Ole-ole….

Nota jari – aku dah 26 tahun!!

KotaKinabalu Day 1

Published by maksu on January 23, 2010

2 minggu lepas aku bersama SBC dan 2 orang rakan opis lama aku telah bercuti ke KotaKinabalu selama 4 hari 3 malam. Menggunakan penerbangan murah AirAsia. Penerbangan ke Sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit macam tu, kalau korang nak tau dari pada pagi aku gerak ke Kl central then gerak pulak ke Lcct aku langsung tak menjamah satu haram makanan pun. Kelaparan amat sgt! Kesian aku taw. Aku ngajak yg lelain mkn dulu masa smpi ke Lcct semua tak nak sbb takutkan sejarah berulang kembali saat2 hampir tertinggal flight. Choooi!

So bersarapan aka lunch terus aku kat atas flight ni. Mahal pun mahal la janji perut tak bising. Mmg lapar yak amat sgt taw waktu ni. Masa penerbangan ni maksu order air tongkat ali dgn nasi Bukhara. Kasik tenaga up sket sbb nanti sampai je KK terus dah start aktiviti berjalan-jalan :P

Dalam pukul 1.30pm mcm tu kitorang semua smpi ke Terminal 2 kat KK ni. Sham dah menunggu kitorang untuk pick up kitorang. Sham ni kalau korang nak tau dia mengajar di KK. So sepanjang aku dgn yg lain2 bercuti kat KK ni dia merupakan supir kami lah.Maceeey Sham.

Ok aku nak bagi sikit info kat korang time berada di Imigresen Sabah ni. Mungkin ada yg dah tau dan mungkin yg baru pertama kali nak jejak ke Sabah ni mcm aku yg tak tau lagi. Nanti kan kalau korang masa kat imigresen dua akan minta IC and tiket penerbangan dan time tu pihak imigresen akan bg satu kertas  umpama mcm Visa  la. So korang kene simpan kertas tu sampai la korang nak blah dr bumi Sabah tu nanti. Minimum korang boleh duduk kat Sabah adalah selama 3 bulan je then kalau lebih korang kene reniew kertas tu. Lebih kurang mcm tu lah.

Sampai je Sabah destinasi pertama aku, aku minta tolong dgn Sham untuk pergi dekat mana2 maybank yg berdekatan untuk aku withdraw duit dr ASB aku. mak busy nok sampai kan nak kuar kan duit pun tak sempat.Setel je urusan kuar duit destinasi pertama adalah pergi ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam mcm tu. sebelum pergi ke Kundasang kitorang pi mkn dulu kat TENOM CAFE.

Inilah org2 yg join trip kali ni. Dari kiri Azura, Faiz, Sham, SBC dan juga Azraini.

menu yg kitorang order. Asam Pedas dan juga Tom Yam

Nasi Lemak rendang

kata Sham Jambatan kat atas adalah Jambatan Tamparuli yg dok Marsha nyanyi masa Af dulu tuh. Sepanjang perjalanan nak ke Kundasang Sham byk tunjuk kan jalan dan area rumah2 artis yg berasal dari Sabah seperti linda, lotter, Stacy Adam and lain2 la.Aku tak minat diorang semua ni.Bye.NEXT!

Dalam perjalanan nak ke Hotel Kinabalu Pine Resort singgah sekejap kat Gerai Pekan Nabalu untuk beli sedikit ole-ole. Motip baru je sampai dah sebok beli ole-ole kan?ha ha ha ha. Pedulik aku la bedah sbb dah tak sabar sgt nak beli ole-ole.

Pilih la mana satu yg korang berkenan. Byk jugak yg menarik oke.

Pilih-pilih. Jgn segan2.

hah yg maksu pegang tu dah selamat tergantung kat bilik maksu dgn ruang tamu maksu. Boleh dikatakan kat sabah ni maksu byk berbelanja untuk perhiasan kat rumah maksu sekarang.

Waktu ni baru je sampai diHotel Kundasang Kinabalu Pine Resort. Seperti sedia maklum kat Sabah ni lebih kurang sama dgn kat Indonesia jugak waktu dia cepat malam dgn awal masuk pagi. Dalam pukul 6 je dah hampir gelap gelita. Tempat nye sejuk yak amat..Naseb bek la aku ada standby bawak jaket aku. Kalau tidak habis la kekejangan sejuk punya pasal.

Nice kan. Konsep resort kan.Harus la rumah kayu kayan. Gerak sikit dah berbunyi. Untuk satu malam harganya adalah berjumlah RM160. Dalam promosi yg SBC pilih ni bilik kitorang termasuk dgn untuk sarapan dan juga makan malam. Bilik hanya disediakan kipas dan juga Tv saaja. Tak perlu aircond sebab dah sah-sah la mmg sejuk taw.

Konsep bilik yg aku dapat katil terpisah.Huk huk.Sedey oke :( paham2 sudah!!

Mmg cantik waktu ni walaupun gambar yg aku amik ni tak cantik!!

Maksu dan SBC

Selesai mandi and urusan check in, kitorang bersiap-siap untuk aktiviti malam pulak. First pegi dinner malam yg disediakan dalam package penginapan kami. So korang tengok la menu yg kami makan ni yer. Not bad jugak masakan dari Sabah ni. Sedap dan berbaloi-baloi aku rasa menginap kat Hotel ni.

Tom Yam SeaFood

Chicken With Lemon Sauce (paling MANTAP)

Green vegetables

Mix Vegetables

Sliced Beef with BlackPaper sauce

Mushroom With Oyster Sauce

Squid With dry Chillies

Okeh selain dari disediakan makan malam percuma, untuk penginap Hotel Kundasang Pine Resort ni dibenarkan untuk berkaraoke secara percuma sampai LEBAM!!so aktiviti kitorang pun melalak sampai suara dah nak serak.Free oke..Apa lagi yg ko nak?Melalak je lah kan. Barang free sapa tak mao?ha ha halaughing

So nantikan aktiviti aku dekat KotaKinabalu untuk entry yg akan datang yer.Tuuuuuunggu~

Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai Kinabalu Pine Resort, Korang boleh hantar emel di k_pine2002@yahoo.com.sg dan mereka akan jawab dengan pantas. Ni alamat dan juga contact number kalau korang nak..

Kinabalu Pine Resorts Sdn Bhd
Locked Bag 15, 88990, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 889 388 or +6088 889 488
Fax: +6088 889 288
Sales Offices Address
Lot No. 7, 1st Floor, Lorong Durian 3,
Mile 5.5, Jalan Tuaran,
88450 Kota Kinabalu.
Tel: +6088 386 775 or +6088 389 957
Fax: +6088 889 288

Nota Jari – Sabar yer dgn entry yg akan dtg. Pelan2 la beb..Kadang2 mcm malas nak updet blog. Aku seronok layan LCD aku.hehehehe.Jgn marah!

Hadiah dari mereka 2!~

Published by maksu on January 4, 2010

Aku rindukan teman-teman blogger aku. Dan disebabkan kerinduan aku dan tanda kasih syg diorang kat aku..kemana-mana diorang pergi, tak pernah lagi buat masa ni diorang tak bg aku apa2.Alhamdulillah.Hah dan baru2 ni mak dpt tahu yg kwn2 blogger mak ni ada yg ke Shanghai la dan juga ke Europe dan tidak dilupakan ke Bandung.Tu diiiiiiiia!. Haruuuuuuuuuuuuuuuuuuuus ketuk cukop2.He he he he.takde la. Gurau je. Terima kasey la kepada yg belikan maksu ole2 dr bandung, dari Shanghai and juga dr Europe. Apa yg di penting adalah tanda ingatan apabila pergi kenegara org dan NILAI brg yg diberi itu bukan diukur dr segi nilai mata wang. Pada maksu kalau korang pegi Jepun sekalipun dan bawakan daun pokok dr Jepun, maksu dah rasa terharu-haru manja sgt.Tanda Ingatan tu yg penting. Betul tak korang?Ok jom layan apa yg kwn2 blogger maksu belikan untuk maksu!~

Bungkusan daripada Kak Leez Crocs. Nak tau apa isik dalamnya. Jom zoom in~

Tada!~ ada tempat abu rokok, fridge magnet(kegilaan aku skrg neh) dgn key chain. Korang ado? kalau ado bagus la..

Hah yang kat atas ni pulak pemberian dari Qis and Burn. Diorang baru balik dr Shanghai. Jeles mak nok! Bila la agaknya maksu dapat gi sana yerk. Next! oh ye untuk pengetahuan korang la kan.Skrg ni maksu dah beria-ria nak kumpol fridge magnet ni. Sbb apa?nak tau? sbb nyer maksu kat rumah dah ada peti sejuk. So jgn segan2 ye nak belikan maksu fridge magnet.Makaseeey :)

Yang kat atas ni pulak pemberian dari Lily dan juga Nurman. Dengar ceritakan ada org tu nak buat acara tahunan untuk pergi ke Bandung.Wahh hebat. Maksu nak join boleeey? and Next~!

oke dan ole2 yang terakhir yg gambar kat atas tu adalah pemberian ikhlas dari Kak Lez. Kalau korang nak tau aku mmg ada kirim dgn Kak Leez melalui FB untuk belikan aku wallet baru. Iyer la memandangkan aku pun that time mmg baru je kehilangan wallet atas sebab2 kecuaian aku sendiri. SO nak kasik grand sikit tak mo dah nak pakai wallet dr mesia tu yg maksu terus terasa mcm nak pakai wallet dr oversea pulak. Tak kira la berjenama ke tidak. Janji wallet tu dah naik kapal terbang. Hah kalau korang nak tau wallet ni Kak Leez belikan masa dia dekat London.Cantik tak?cantik kan korang kan kan…Korang takde kan.jgn marah!hwahwahwahwahwa(gelak kejam). Apa pun pemberian korang maksu ucapkan jutaan terima kasey sgt2….kalau ada pegi mana2 jgn la lupa belikan lagi ye..lagi2 tang fridge magnet tuh.

Oh ye satu lagi kak leez ada bagi maksu satu kotak coklat ’sea sell Belgium’.Sori lah tak boleh nak masuk kan gambar tu kat sini sbb nanti korang terliur, nanti maksu jugak dipersalahkan.Tq kakak!!mwah mwah mwah

Nota Jari – lepas ni aku akan updet kan cerita aku pasal New Year, hatyai, Wedding en sepul dan juga kisah di Penang.Tunggu naaaar!~