Published by
maksu on
April 27, 2010
Anggaplah entri kali ini sekadar flashback ajo ye..Walaupun ABP dah hampir 3 minggu menutup tirai, aku tetap nak updet dan juga upload gambar yang sempat aku ambil sepanjang majlis berlangsung. Tak salahkan?
Korang jangan muntah ye tgok gambar2 yang kat bawah ni. Agak byk jugak la. Pd sesiapa yg connection internetnya slow harap bersabar ye
.Jangan salahkan aku kalau loading lama sgt. Korang kene bersabar sikit.




Kalau korang nak tahu, before majlis bermula aku plan mmg nak jumpa ElleRahman kejap sbb rindula katakan..Sejak aku pindah ke JB tak berkesempatan pulak nak beramas mesra dgn dia. Masing2 sebok. Biasalah tu. Memandangkan aku dah ada kat Genting ni and dia pulak ada mekap kan beberapa artis so dia ajak aku join dia sekali. Dapatla lepaskan rindu sekejap.
Waktu ni Elle tgh mekapkan Marsha. Aku just lepak2 je la dlm bilik marsha ni sesambil berbual dgn PA si Marsha.

Lepas make over Marsha selesai, aku temankan Elle pulak pergi ke MAXIM SUITE. Peeergh Kelas!!nak tau siapa artis yang stay kat MAXIMS ni. Tak lain tak bukan adalah Aeron Aziz. Aku tak rasa aku nak amik gambar dgn aeron memandangkan dia sekadar berboxer sahaja. Boxer biru oke….
Jd aku plan duduk kat luar sahaja la sementara Elle mekapkan Aeron dan juga isteri beliau.






Itu dia..aku tgh sabar menanti untuk menangkap gambar2 artis yang lalu di Red karpet. Ini adalah pengalaman pertama bagi aku.hehehe. Terima kasih kepada kak Leez kerana cop kan tempat maksu didalam dewan sementara maksu di luar untuk ambil gambar di red Karpet.

Aizat

Linda Jasmin dan juga Que Haidar. peeergh baju Linda…Tak menahan.

Reza Era

Fizz Fairuzz dgn Awek beliau.

FaraFauzana(FAFAU)

Mukhsin

Wan Sharmila

Ifa Raziah

Faizal Tahir

Lan TheTypeWritter

Shaheizy Sam

Diana Dianealle

Kamal Adli

Stacy

Alyah

Dato Khatijah Ibrahim

Mawi dan Ekin. Kesian aku pada Mawi.Kenapalah org kat dalam dewan tu boo dia erk? Aku tak suka mawi jugak, tapi tak payah la smpi nak boo dia. Kesian Mawi…Bersabor je lah ye Mawi…

Maya Karin

Didie Alias

Dato Ct Nurhaliza

Michelle(Melodi)

One Nation Emcee performance

AinulAishah, DianaDaniealle,Takkenal,Marsha

Kumpulan Wings, Black, dan juga Jaclyn Victor

Posted in Anugerah Bintang Popular, Artis, Blogger, elleRahman | No Comments »
Published by
maksu on
April 23, 2010




The Best Housemate i ever had…Walaupun dia tintong and byk byk potpet pot pet kat aku..tp rasanya dialah satu-satunya housemate aku yg pandai jaga kebajikan aku…Macey Elle..Rindu nya aku kat kau disaat-saat aku ada masalah.
Kalau dulu mu balik je shooting mu lah tempat aku bercerita lepas tu mu jugaklah yg akan masak kan untuk aku.
Oh ye kalau nak tahu Elle jugakla satu-satunya teman yg sanggup masak kan sarapan pagi untuk aku bawak pegi ke pejabat kalau dia tak shooting. Oh bestnya ada kawan mcm ni.
Alhamdulillah family aku kat kampung dah pernah jumpa elle dan mereka selesa dgn Elle.
Oh Rindunya~

Yang ini hasil solekan Elle.hehehe.nampak Real tak?
Nota jari – Apa lagi erk yg aku rindu sekarang ni?

Posted in Family, elleRahman | 1 Comment »
Published by
maksu on
October 2, 2009

Assalamualaikum ualls.Ni maksu nak sambung cerita pasal travel maksu kat Bandung untuk 2nd day pulak yer..lewat pun lewat la janji maksu tunaikan janji maksu nak updet story gi Bandung ni erk.Dari tak buat langsung kan.Tapi kali ni maksu just cerita untuk Tengkuban Perahu je dulu okeh.Yang lelain nanti maksu updet lg.Updet kene slow2 korang, x boleh main updet je kang salah info mampos aku…
Kalau korang nak tau 2nd day kitorang mmg byk aktiviti yg kitorang buat.Puasa tak menjadi halangan untuk aku gigih berjalan sesambil shopping.
Awal2 pagi dah bangun bersiap-siap tok meneruskan aktiviti kami pergi ke Tengkuban Perahu.Tengkuban Perahu ni terletak dekat area2 utara dari tempat aku stay.Sementara tunggu supir kami si Amir tu smpi(konsep kami terbangun awal..apa tandanya?) Maksu, Elle dan juga SBC dok pose sana sini kat area Rumah Ebho.So korang layan jap gambar kat bawah ni erk.




Dah puas pose sana sini, supir kami pun smpi.Kami gerak dari Hotel dalam pukul 930am.Perjalanan kitorang amik masa lebih kurang 1 jam lebih, mcm tu lah.Tak berapa ingat sangat.Motip la kan kalau aku nak bg exactly nyer time.
Sampai je Tengkuban perahu ni kene bayar dulu kat bawah, konsep mcm nak naik genting la.tapi genting nak naik keatas tak kene bayarkan.Yang ni kene bayar dulu…hah mcm tu…bayar lebih kurang Rm12 camtu(berapa rupiah mak tak ingat la pulak, tapi kat nota mak ada tulis per entry dia charge RM12).Xdelah mahal sgt kan.Ok la harga mcm tu.Kalau ada org kata mahal jugak tak tahu lah aku nak kata apa..

Ni baru je smpi puncak kat Tengkuban Perahu.Ni tempat parking kereta.

Korang perasan tak?orang putih pun gilew pose kan.Siot je kan.

Tada~.Sampai sudah kat Tengkuban Perahu.First time neh sampai.jakun kejap.Apa lagi.Easy Breasy beautiful konsepnya la kan.

SBC pon nak berposing jugak.

Kalau korang nak tau kan….Maksu ni teramatla GAYAT time nak pergi amik gambar kat sini.Tak tahula mak kenapa tiba-tiba jadi gayat.Sebelum ni takde pulak.Time kat Tengkuban Perahu ni boleh pulak tetiba Gayat.Lepas tu aku terus dah takmo gambar kat situ lagi sebab mcm takut.Series nih.


Ellerahman, Maksu dan juga SBC
Takut mcm mana pun aku tetap pose sehabis baik punya.Nmpak CooL je kan.Tapi dalam hati hanya ALLAH je la yg tahu, cuak tak cuak nyer aku time nih.

Maksu with ElleRahman.
Time ni kan maksu dgn Elle dok kene kejar je dgn mamat2 yg jual barang tu.Mak tak suke la.Sebab konsep diorang tu mcm paksa-paksa pulak suruh beli barang.Betul la cakap Lily supaya jgn layan diorang tu.Tau la kan maksu ni jenis mudah kesian.Diorang dok pomot brg diorang tuh, maksu pun layan je lah, mmg takde niat nak beli pun.Tp diorang dah dtg kat maksu takkan nak blah je.Kita kan rakyat mesia yg prihatin.Betul tak?tibe-tibe.
jadinasihat maksu kalau korang pegi sini, korang buat je lah bodoh yer.nanti tak semena-mena korang takde mood sebab diorang ni mcm tak malu asek dok ngekor orang je..
Diorang ni sampai sudah dok kejar dengan mengekor je maksu dari atas kebawah,,,,and dari bawah sampai ke puncak balik pon dok ngekot je.Rimas okeh mak!!

Lepas dok ramai yang dok paksa-paksa beli barang and kebetulan pun kitorang dah puas jalan2 kat Tenkuban Perahu ni, kitorang pun plan nak blah terus.Maksu agak mcm keletihan nak pergi ke kawah DOmas.SO terus balik turun kebawah.Sebelum turun kebawah tu maksu mcm teringin pulak nak bergambar dgn pokok2 kat area Tengkuban Perahu ni.Mcm menarik jew.Supir kami berhentikan kereta kat tepi jalan jap and maksu pon pose barang sekeping dua kat pokok2 ni…
Nota jari – Lepas ni entry pasal Hot Spring Summer pulak yer.Tungguuuu~

Posted in Aktiviti, Bandung, Blogger, Puasa, Travel, elleRahman | 3 Comments »