[m.a.k.s.u]
Man Administering Kisses And Sensual Undulation

Selamat Sudah!

Published by maksu on January 12, 2010

Taken by SBC. sewaktu di Tanjung Aru.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang-korang semua.

Alhamdulillah aku dah selamat sampai di bumi Johor Bahru selepas agenda percutian aku bersama SBC dan rakan2 opis di Kota Kinabalu selama 4 Hari 3 malam. Pengalaman yang sgt manis bagi pembukaan tahun 2010 untuk aku. Dan boleh dikatakan permulaan yg agak bagus untuk aku mengenali si ‘dia’ lagi mendalam sepanjang percutian ini. Sepanjang 4 hari percutian ini boleh dikatakan jadual kitorang kat KK mmg padat. Terima kasihlah tak terhingga kepada Song Boon Chong dan Juga Azraini atas ittenarary yg korang buat. Kiranya ittenarary yg korang buat semua aturcara kita follow dan takde yang miss(ada la jugak satu dua benda yg tak berapa penting).

Disini maksu nak mengucapkan jutaaan terima kasih yang tak terhingga kepada SBC atas segala yang telah dibuat khas untuk maksu. Dari segi tempahan tiket, tempahan hotel, ittenarary dan apa2 sahaja lah yg berkaitan dgn travel kali ni. Terima kasih sgt2. Tanpa SBC mungkin maksu terbobok-bobok untuk buat sendiri.

Yang kedua maksu nak mengucapkan terima kasih kepada sham atas kesudian beliau untuk membawa maksu dan yang lain2 untuk pergi berjalan2 sepanjang berada di Kota Kinabalu. Dari pergi ke Kinabalu Park, ”city by night”, Kota Kinabalu City Tour, Pulau Manukan, Pasar Gaya, dan macam2 lagi lah. Maksu ucapkan terima Kasih sgt2 sebab sudi bawak kitorang  jalan. Kiranya sham dah jadi Supir kami lah sepanjang percutian kat KK ni. Tanpa Sham mungkin percutian kitorang kat Sabah akan terhad dari segi perjalanan untuk kemana-mana.TQ sham.

dan terima kasih jugak kepada Azraini, Siti Azura dan juga Faiz sbb join maksu untuk percutian kalini. Walaupun percutian ni dah dirancang masa awal tahun 2009 lagi alhamdulillah dgn izin tuhan dapat juga kita bercuti bersama-sama. Mmg best la korang. Harap plan yg akan dtg yg nak ke Perth tu akan menjadi..eh itu cuma plan manja2 je.INSYA ALLAH…..

Kepada korang yg membaca blog maksu ni, terima kasih la sgt2 sbb masih sudi baca lagi…Tapi maksu nak bg taw la yg entry ke Sabah ni mgkn akan di updet lewat siket sbb kene bg laluan la untuk entry maksu ke Hatyai, penang dan juga perkahwinan en sepul kita tu. kene lah ikut que kann..hehehehe.Sabar naaar…makaseeey korang.

Nota jari -  Bulan march ni pulak aku akan ke Sarawak..korang tak leh ikut ye sbb aku ke sarawak nak dating berdua je dgn ‘dia’.he he he he

Hadiah dari?

Published by maksu on August 22, 2009

Semalam aku ada terima hadiah dari ’seseorang’.Dan untuk pengetahuan semua orang yang beri hadiah tu bukan la Song, tapi adalah orang lain.Aku tak boleh bagi taw siapa orang yang beri hadiah ni, sebab ada musababnya.Nanti sesiapa yg nak tau boleh direct tanya aku, of cors aku akan cerita siapa orgnya yg beri hadiah ni.Aku masuk kan kedalam blog ini hanyalah untuk sebagai kenangan aku di masa akan datang.Alhamdulillah aku diberi baju jenama ‘PoLo’.Tak pasti lah original atau pun tidak.Itu tak menjadi masalah janji orang yg memberi itu ikhlas.Dan aku pun ikhlas membantu dia sebelum ini.Kalau hadiah itu sbg ganjaran dan tanda terima kasih dia kepada aku, aku sudi menerimanya.Dan aku ingin mengucapkan terima kaseey kepada si pemberi itu atas hadiah tersebut dan terharu-haru  kerana dia sejak kenal aku, dia sudah menganggap aku sebagai ‘anak’ dia.Ops.Siapa kah?

Nota jari – First day puasa berjalan dengan lancar.Si”dia” dah pulang ke rumahnya.Tinggal la aku keseorangan.Buka puasa berkemungkinan seorang jugak.Kenangan terindah buat aku. 

Lawak2

Published by maksu on July 12, 2009


Ni meja opis maksu, kemas tak?la la la la.Cuba perati kan setiap kertas yg ditampal dekat dinding meja tu..

hah yg ni close up nya….


lawak tak?entah sapa punya kerja la ni kan..hansuang sunggoh!!ni perli maksu ke atau perli org lain.Herlow maksu sentiasa bz okey dgn kerja yg lambak2 manja.

Nota jari – keadaan kerja yang semakin stabil.Alhamdulillah.Rindu pulak dekat paksu yg kene buat training kat ipoh….