Published by
maksu on
February 1, 2010
















Sedey rasanya nak meninggalkan KotaKinabalu Pine Resort ni.Tempatnya best. Sejuk, nyaman and bila pepagi je feeling2 mcm kat london. Sbb sejuk nya smpi bercakap pun keluar kepul2 asap. Feeling sgt kat london. pagi lepas bgn aku dan yg lain2 byk amik gambar sana sini semata-mata untuk kenangan. Then sarapan lepas tu terus gerak untuk pergi ke destinasi yg berikutnya?kemana? ke Poring Hot Spring dan juga Canopy Walk. nanti naar aku updet.Busy ni..busy sgt2…
Nota jari – lepas ni gi kuching, pastu gi PD ngan blogger, pastu gi Bali..Pastu gi rainforest festival World Music, pastu?

Posted in Aktiviti, KotaKinabalu, Memory, Travel | 4 Comments »
Published by
maksu on
February 1, 2010
Last week punya cerita baru nak updet sekarang. Argh biasalah. Aku agak kebizian dgn ketensanan tahap maksima. Harap2 lepas ni takde lah tensen2 lagi kat tempat keje aku. So bila dah tensen tu yg tak updet2.Mcm malas la.mana yg sempat aku updet, mana yg tak sempat konsep main skip2 je lah kan.

Ini lah dia antara teman2 yg aku selalu lepak2 time kat JB. Azward(along) dan juga Ezureen(ledang). kalau nak kemana-mana mmg aku dgn diorang je lah. Last week aku pegi mkn dkt Stulang laut atas ajakan si Ledang dan juga Azward. Ikutkan hari tu aku tringin nak mkn Steamboat. Tp diorang kata makanan seafood yg dia nak bawak kat aku ni spesel sikit and best. So why not. Aku try je lah. manalah tahu nanti bila ada member2 blogger atau FB aku dtg boleh jugak bawak gi mkn.betul tak?..Minta maaaf aku tak ingat nama kedai tu tapi yg pasti kat stulang laut oke.Itu je info aku dpt bg taw.

Sotong yg mantap.

Ikan pari yg kebabom. Dah lama aku tak mkn ikan pari. kalau masa kat Kl hari2 lunch ikan pari bakar.

Cuba korang teka apa dalam nya.?
—-
—
—
–
–
-
-
-
–
persembaha kan…..nasi goreng Seafood yg dibungkus dalam daun pisang.

Jemput mkn korang…Oh ye mkn untuk 3 org harga lebih kurang dlm Rm50 kebawah.Ok what?kan……So nanti korang2 yg blogger aku nak bawak pi mkn kat sini..So bila mau turun?Oh ya maaf kan ye kalau kualiti gambar tak secantik mana sebab aku pakai Handphone je snapp gambar,maceey!
Nota jari – Sabah punya entry tak habes lagi….tapi bulan 3 dah start nak pegi travel ke Kuching pulak..mcm mana ni?
Posted in Aktiviti, Bersantai, JB, Makanan, dinner | 8 Comments »
Published by
maksu on
January 23, 2010

2 minggu lepas aku bersama SBC dan 2 orang rakan opis lama aku telah bercuti ke KotaKinabalu selama 4 hari 3 malam. Menggunakan penerbangan murah AirAsia. Penerbangan ke Sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit macam tu, kalau korang nak tau dari pada pagi aku gerak ke Kl central then gerak pulak ke Lcct aku langsung tak menjamah satu haram makanan pun. Kelaparan amat sgt! Kesian aku taw. Aku ngajak yg lelain mkn dulu masa smpi ke Lcct semua tak nak sbb takutkan sejarah berulang kembali saat2 hampir tertinggal flight. Choooi!

So bersarapan aka lunch terus aku kat atas flight ni. Mahal pun mahal la janji perut tak bising. Mmg lapar yak amat sgt taw waktu ni. Masa penerbangan ni maksu order air tongkat ali dgn nasi Bukhara. Kasik tenaga up sket sbb nanti sampai je KK terus dah start aktiviti berjalan-jalan

Dalam pukul 1.30pm mcm tu kitorang semua smpi ke Terminal 2 kat KK ni. Sham dah menunggu kitorang untuk pick up kitorang. Sham ni kalau korang nak tau dia mengajar di KK. So sepanjang aku dgn yg lain2 bercuti kat KK ni dia merupakan supir kami lah.Maceeey Sham.
Ok aku nak bagi sikit info kat korang time berada di Imigresen Sabah ni. Mungkin ada yg dah tau dan mungkin yg baru pertama kali nak jejak ke Sabah ni mcm aku yg tak tau lagi. Nanti kan kalau korang masa kat imigresen dua akan minta IC and tiket penerbangan dan time tu pihak imigresen akan bg satu kertas umpama mcm Visa la. So korang kene simpan kertas tu sampai la korang nak blah dr bumi Sabah tu nanti. Minimum korang boleh duduk kat Sabah adalah selama 3 bulan je then kalau lebih korang kene reniew kertas tu. Lebih kurang mcm tu lah.
Sampai je Sabah destinasi pertama aku, aku minta tolong dgn Sham untuk pergi dekat mana2 maybank yg berdekatan untuk aku withdraw duit dr ASB aku. mak busy nok sampai kan nak kuar kan duit pun tak sempat.Setel je urusan kuar duit destinasi pertama adalah pergi ke Kundasang. Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang dalam 2 jam mcm tu. sebelum pergi ke Kundasang kitorang pi mkn dulu kat TENOM CAFE.

Inilah org2 yg join trip kali ni. Dari kiri Azura, Faiz, Sham, SBC dan juga Azraini.

menu yg kitorang order. Asam Pedas dan juga Tom Yam

Nasi Lemak rendang

kata Sham Jambatan kat atas adalah Jambatan Tamparuli yg dok Marsha nyanyi masa Af dulu tuh. Sepanjang perjalanan nak ke Kundasang Sham byk tunjuk kan jalan dan area rumah2 artis yg berasal dari Sabah seperti linda, lotter, Stacy Adam and lain2 la.Aku tak minat diorang semua ni.Bye.NEXT!

Dalam perjalanan nak ke Hotel Kinabalu Pine Resort singgah sekejap kat Gerai Pekan Nabalu untuk beli sedikit ole-ole. Motip baru je sampai dah sebok beli ole-ole kan?ha ha ha ha. Pedulik aku la bedah sbb dah tak sabar sgt nak beli ole-ole.

Pilih la mana satu yg korang berkenan. Byk jugak yg menarik oke.

Pilih-pilih. Jgn segan2.

hah yg maksu pegang tu dah selamat tergantung kat bilik maksu dgn ruang tamu maksu. Boleh dikatakan kat sabah ni maksu byk berbelanja untuk perhiasan kat rumah maksu sekarang.

Waktu ni baru je sampai diHotel Kundasang Kinabalu Pine Resort. Seperti sedia maklum kat Sabah ni lebih kurang sama dgn kat Indonesia jugak waktu dia cepat malam dgn awal masuk pagi. Dalam pukul 6 je dah hampir gelap gelita. Tempat nye sejuk yak amat..Naseb bek la aku ada standby bawak jaket aku. Kalau tidak habis la kekejangan sejuk punya pasal.

Nice kan. Konsep resort kan.Harus la rumah kayu kayan. Gerak sikit dah berbunyi. Untuk satu malam harganya adalah berjumlah RM160. Dalam promosi yg SBC pilih ni bilik kitorang termasuk dgn untuk sarapan dan juga makan malam. Bilik hanya disediakan kipas dan juga Tv saaja. Tak perlu aircond sebab dah sah-sah la mmg sejuk taw.

Konsep bilik yg aku dapat katil terpisah.Huk huk.Sedey oke
paham2 sudah!!

Mmg cantik waktu ni walaupun gambar yg aku amik ni tak cantik!!

Maksu dan SBC

Selesai mandi and urusan check in, kitorang bersiap-siap untuk aktiviti malam pulak. First pegi dinner malam yg disediakan dalam package penginapan kami. So korang tengok la menu yg kami makan ni yer. Not bad jugak masakan dari Sabah ni. Sedap dan berbaloi-baloi aku rasa menginap kat Hotel ni.

Tom Yam SeaFood

Chicken With Lemon Sauce (paling MANTAP)

Green vegetables

Mix Vegetables

Sliced Beef with BlackPaper sauce

Mushroom With Oyster Sauce

Squid With dry Chillies

Okeh selain dari disediakan makan malam percuma, untuk penginap Hotel Kundasang Pine Resort ni dibenarkan untuk berkaraoke secara percuma sampai LEBAM!!so aktiviti kitorang pun melalak sampai suara dah nak serak.Free oke..Apa lagi yg ko nak?Melalak je lah kan. Barang free sapa tak mao?ha ha ha
So nantikan aktiviti aku dekat KotaKinabalu untuk entry yg akan datang yer.Tuuuuuunggu~

Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai Kinabalu Pine Resort, Korang boleh hantar emel di k_pine2002@yahoo.com.sg dan mereka akan jawab dengan pantas. Ni alamat dan juga contact number kalau korang nak..
Kinabalu Pine Resorts Sdn Bhd
Locked Bag 15, 88990, Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 889 388 or +6088 889 488
Fax: +6088 889 288
Sales Offices Address
Lot No. 7, 1st Floor, Lorong Durian 3,
Mile 5.5, Jalan Tuaran,
88450 Kota Kinabalu.
Tel: +6088 386 775 or +6088 389 957
Fax: +6088 889 288
Nota Jari – Sabar yer dgn entry yg akan dtg. Pelan2 la beb..Kadang2 mcm malas nak updet blog. Aku seronok layan LCD aku.hehehehe.Jgn marah!

Posted in KotaKinabalu, Memory, Travel, ole2 | 6 Comments »
Published by
maksu on
January 20, 2010

Biadap ataupun bangsat?Suka-suka nak kata ”malay pig all”..Maksu serahkan kepada anda untuk komen terhadap mereka2 diatas.Komen anda tidak akan ditapis.Silakan…Dasar MANUSIA bangsat!ceh*(^&%*^%(*&(*&!!.Maksu tak kan merujuk dr segi bangsa, agama atau pun apa saja yg melabelkan perkauman tapi orang2 seperti diatas hanya berpelajaran tinggi tapi tahap pemikiran mereka boleh disamakan seperti binatang yg baru hendak didaftarkan ke pusat pemulihan. Komen anda tidak akan ditapis.Silakan!!
Posted in x puas hati | 21 Comments »
Published by
maksu on
January 17, 2010
Lepas je border sempadan Thai-Malaysia, we ols terus gerak ke highway menuju ke
Kangar, Perlis pulak utk
En Sepul punya wedding.
Sebelum kami sampai Kangar, ada aktiviti snappy2 gambar kat tepi sawah oke. Konsep kejakunan! minta maaf la yerk.. Kitorang mmg dah plan pun dr sepanjang perjalanan ke Kangar lagi.Macam-macam aksi ada. Korang tgok je lah gambar yg aku letak kan ni yerk. Klu nak kasik jelas korang klik gambar tu kasik besar. Jgn malu2 yer tak kene charge pun. Klik je…
Okeh gambar seterusnya yg akan aku paparkan ni ada sedikit drama. So korang jgn la salahkan aku pulak ye. Drama ni tiada kene mengena antara hidup mahupun yg sudah meninggal dunia. Saja je nak updet entry khas untuk pengantin.. boleh kan?pengantin tak marah kan..kan kan kan…
—–
—-
—
–
-
-
-
-
-
-
-
-
Nota jari -Jgn marah naaar pengantin…maksu memain je nih..hehehhee.

Posted in Aktiviti, Bersantai, Blogger, Hatyai, Kenduri Kahwin | 8 Comments »
Published by
maksu on
January 17, 2010
Sambung lagi stori pasal hadyai yer adik2 semua…
Lepas minum2 air kelapa tu we olls jejalan sana sini situ kat area Hadyai ni dan belah malamnya pulak aku dgn Kak Leez pergi ber urut. Bak kata Kak Leez la kalau dah ke Thailand ataupun ke Indon tak sah la kan kalau tak ber massage ni. Aku mmg niat turun ke Hadyai dgn Blogger kali ni mmg aku nak try urutan dr Thailand ni. Best ke tak massage diorang. Aku dgn Kak leez sibuk la dok cr kedai massage yg harga paling rendah dan paling semurah-murah tidak. Cari punya cari last-last kitorang dpt harga 2jam massage dgn harga RM50 sahaja. Ok la kan?

Air kelapa yg berharga RM4. Tak sedap pun…Tawar!

Gambar kat atas tu selepas selesai aku bermassage. Korang nak tau tak..perempuan ni kan dok usha2 aku and kacau2 aku suruh buat urutan Batin..CHOII!! Digentelnya tetek aku, dicuitnya adik boboi aku..mcm2 la dibuat. Tapi aku ckp aku tak nak…Aku nak urut biasa2 je…Si SBC dah dok gelak2 tgok aku kene kacau.ceh!

Pas bermassage kitorang pi basahkan tekak dulu. Aku suggestkan kat diorang suruh try minum kat sini. Sbb dulu masa 1st time aku pegi hadyai dgn SBC kitorang pernah try minum kat kedai ni. Rasanya best jugak…

Aku order Lai Chi Kang.Kebaboooom meletop rasa air ni…

Aku tak tao apa nama menatang menu ni..hehehhehe. Sori

Waktu ni aku bersemangat untuk berjalan ke sana ke mari sebab lepas massage rasa mcm bersemangat pulak. Yerla urat2 yg kendur(kendur ke?) dah diketatkan balik masa berurut tadi…Time ni kitorang berjalan-jalan tok cari Pre-hadiah untuk wedding EN Sepul dgn Nita. Hadiah dr Hadyai. Hadiah kat Mesia lain nanti kitorang bagi.. Untung tak jadi kwn kitorang.eh tetiba angkat bakul sendiri.Ahh tak kira lah…

Misi untuk mencari hadiah en sepul dan Nita diteruskan….

Waktu ni dah selesai mencari….Misi mencari makanan untuk dilapah kat dlm bilik hitel pulak.

Terjumpa nasi lemak. Kitorang bungkus 2 je.

Konsep menghabiskan duit syiling Hadyai yg ada. Buat apa nak membazirkan?

Kak Leez teringin nak makan Pulut durian, tapi takde rezeki sebab durian dia nmpak mcm tak seksi je..So tak jadi belilah.
Kalau korangnak details cerita pasal Hadyai ni korangboleh pegi blog ni(klik sini)
PART3

Keesokan harinya dalam pukul 830AM mcm tu kitorang dah check out dr Hotel yg mcm Cerita Juon bak kata Che Burn.Hahahaha.Sabor je la aku.Penakut jugak engkau erk che burn walaupun bdn sebesor gunung.Ops…Pagi2 tu kitorang sarapan kat kedai Muslim.Mkn roti canai je.tapi mahal yak amat bak kata celcom tak berbaloi-baloi la. Tapi nak buat mcm mana. Perut pagi2 nak kene isik jugak kan. Kalau tak kelaparan bosnia herzovogina la jawapnya.

Gambar kat atas tu menunjukakan bahawa mereka sedang bengang sebab tersalah station. nak pegi ke station bus tapi ter sasar ke station keretapi. Mampu?hahahahaha

Yeay!!!dapat naik van tok pegi ke border…Van bergerak je memasing terus ZZzzzZZZzzz. Termasuk la aku!!

Masa kat border ni kitorang shopping lagi…Eh baru teringat aku ada beli buah la time kat sini. Jap nak pi mkn la….amik kat peti ais..

AKu shopping siket2 je..

Ayam Goreng ni nampak seksi kan korang…

Dan juga mee Hoon Sup ni. Seksi dan meng ghairahkan. Tapi kitorang mkn kongsi2 je.Konsep kata Kak Leez menghabiskan semua duit Hatyai yg tinggal…So bedal je la ke makan. Tak Gitu kak?
Nota jari – Aku tak sihat lagi ni.

Posted in Aktiviti, Bersantai, Blogger, Hatyai, Memory, Travel | 5 Comments »
Published by
maksu on
January 13, 2010
Okeh korang, entry ni cerita last week. Ye ke? Rasanya last week kot.Hontam saja lah labu. Byk sgt agenda planning aku lately jadi agak keterlupaan sikit. Tapi takpe lah. Abaikan je. Masa tahun baru aku kat KL then pagi tahun baru aku da gerak pegi ke Sempadan Thailand bersama geng2 blogger aku. Mmg dah diplanning dr awal tapi maksu last2 minit br dpt bg confirmation sbb cuti br approve. Jd en sepul maksu takde kene mengena dgn rancangan nak surprise kan hang kat kampung masa wedding haritu. Mak takde kene mengena yer..And guys maksu minta maaf sebab sepanjang perjalanan maksu hanya tidur, tidur dan tidur..Almaklum la kemabukan dan juga kepenatan tahun baru.ops!!
Kitorang naik kereta kak Leez untuk perjalanan dari Kuala Lumpur sampai ke kayu Hitam. Then parking kat area TheZone untuk sehari suntuk. Charge untuk parking lebih kurang RM12 cenggituh. Apa lagi tong tong la. Oh ye sblm aku terlupa kitorang punya travel manja-manja ni kene bayar taw. Ala2 mcm rombongan persekolahan tu. He he he.Kitorang pergi ber5 jadi apa je bayaran kene bahagi lima la. Adil kan. Tak kira la dr segi tol ke, minyak ke, upah driver ke (ada ke?) apa2 je lah kene bahagi 5. Jimat pun Jimat kan. And Kak Leez Tenkiu Sooooo much sbb sudi nak me release kan kerata akak ni untuk travel pegi kenduri kahwin En Sepul kita. Makaseeeey Kak…Terlebey terkurang halal ye kak…

Blogger yg pegi adalah maksu, Burn dan Qis(laki bini oke), kak leez, dan juga SBC. lily tak dpt join disebabkan hal berkenaan kerja. Takpe next time kita pi travel sama-sama pulak ye lily.
Erm bila teringat balik kisah kat Imigresen rasa mcm tensen pulak. Mgkin ini boleh dijadikan info untuk korang jugak yg pada sesiapa akan pergi ke Hatyai atau Thailand. Nanti masa korang nak pegi cop korang punya pasport tu make sure taw korang isi sendiri dia punya bording pass tu. Kalau korang suruh dia isikan jgn malu jgn segan la kene hulurkan RM2 sebagai upah duit kopi. Nak marah mmg tak bley la sbb kat imigresen situ mmg dah mcm jd budaya diorang. Itu masa isi bording pass, belum lagi cop..Kalau cop pun kene bayar jugak…Hah sakit hati tak….Maksu sakit hati lite2 je.,hehehhee.Ni sbg info je lah..Kalau korang tak nak amik tahu maksu tak rugi apa2 pun..ye tak gitew?

Thailand dan Hatyai sudah dua kali maksu jejak. Insya ALLAH ada rezeki boleh pergi lagi. tapi bila erk. Kali pertama pergi ok lah..Kali kedua pergi pulak maksu dgn SBC mcm agak keboringan sikit and kitorang tukar duit Baht pun sikit je. Sbb mcm dah tau apa yg ada dekat Hatyai. kali ke3 nanti tak tau la mcm mana. Ada rezeki pergi, takde rezeki duduk rumah diam-diam sudah..kan kan…

Kitorang bermalam di Hotel Indera.budget Hotel je. Sbb nak duduk pun semalam je. So takde la feeling nak mewah2 sgt. Satu malam cuma charge Rm50 mcm tu.So bahagi kan la. Dan of course la kami yg laki2 ni duduk satu bilik dan perempuan duduk satu bilik.. No no no….satu bilik. Tidak dibenarkan oke. Walaupun suaimi isteri. Konsep nak jimat kan…so kene share2 la.
Okeh lepas je kitorang selesai check in bagai aturcara pertama adalah mengisi perut yg sudah agak kelaparan dari tengahari lagi. So lepas setel je mandi manda, tukar baju and keluar dr Hotel terus misi mencari Kedai makan yg bersesuaian dgn anak tekak.
Cari , cari dan mencari akhirnya jumpa jugak Restoren Hameed yg dicadangkan oleh Kak Leez. Kak Leez beria-ria ni ckp kalau pegi Hatyai kene makan dekat Restoren Hameed ni. Sbb restoren ni salah satu dr yg popular jugak la kalau kat Hatyai.

Gambar ni mcm comel je aku tgok KAK LEEZ..Kak Leez Peace…hehehehe
Gambar kat atas tu menunjuk kan misi kami sesat entah kat mana entah semata-mata untuk mencari Restoren Hameed. Susah la org Hatyai ni tak pandai ENglish pastu feeling mcm faham apa yg kitorang tanya. DOk tunjuk sana, situ sana sini lah..Last-last SESAT la jawapannya. Akhirnya kitorang decide tanya dekat Tuk-tuk samaada tahu ke tak Restoren Hameed ni. Alhamdulillah driver Tuk-Tuk ni tahu pun kat mana Restoren Hameed ni terletak dimana. Ok la kan. Agak berpeluh jugak la aku waktu ni.

Tadaaaa….jumpa pun akhirnya. Alhamdulillah. Nanti kalau korang gi Hatyai aku suggestkan korang mkn katRestoren ni oke. Sedap dan Mur2 harga dia..

Bila dah smpi sambil tunggu order nak siap harus la pose kan.Apa lagi pose, pose dan pose…..Ok korang nak tau apa yg menu kitorang order?ok scroool ke bawah yer.Oh ye kalau korang nak tau kos untuk kitorang makan ber 5 je ni termasuk air kalau aku tak silap lebih kurang dlm RM80++ mcm tu. Tapi seingat aku mmg bawah dr RM100 la. Kira murah la kan. SO cuba korang tgok apa yg kitorang menketedarah hari tu kat Restoren Hameed ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ikan Siakap 3 rasa

Tom Yam Kong

Kerabu Mangga

Kailan Ikan Masin

Ayam Goreng Kunyit ( kegemaran SBC neh)

Selesai makan harus la agenda Shopping u alls…Aku waktu ni takde la berbelanja sgt. Just tgok apa2 yg patut je. takde benda yg nak dibeli pun. Yg aku beli pun just kacang gajus je. Itu je kot..

Pastu kan dah penat je jalan kitorang nmpk ada jual air kelapa then teringin nak try air kelapa kat Thailand ni. Erm rasanya sama je dgn air kelapa kat Mesia. Takde spesel pun. Sp[ecial nyer cuma tang harga je lah kot.
Ok smpi sini je dulu yerk…Tang part malam hari kat Hatyai aku akan story kan kat Part 2 yer. Sabar yer adik2 semua…
Nota hati dan perasaan – teringat kat satu pesanan ”kalau tak boleh jgn paksa diri”

Posted in Aktiviti, Bersantai, Blogger, Hatyai, Memory, Travel | 5 Comments »
Published by
maksu on
January 12, 2010

Taken by SBC. sewaktu di Tanjung Aru.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang-korang semua.
Alhamdulillah aku dah selamat sampai di bumi Johor Bahru selepas agenda percutian aku bersama SBC dan rakan2 opis di Kota Kinabalu selama 4 Hari 3 malam. Pengalaman yang sgt manis bagi pembukaan tahun 2010 untuk aku. Dan boleh dikatakan permulaan yg agak bagus untuk aku mengenali si ‘dia’ lagi mendalam sepanjang percutian ini. Sepanjang 4 hari percutian ini boleh dikatakan jadual kitorang kat KK mmg padat. Terima kasihlah tak terhingga kepada Song Boon Chong dan Juga Azraini atas ittenarary yg korang buat. Kiranya ittenarary yg korang buat semua aturcara kita follow dan takde yang miss(ada la jugak satu dua benda yg tak berapa penting).
Disini maksu nak mengucapkan jutaaan terima kasih yang tak terhingga kepada SBC atas segala yang telah dibuat khas untuk maksu. Dari segi tempahan tiket, tempahan hotel, ittenarary dan apa2 sahaja lah yg berkaitan dgn travel kali ni. Terima kasih sgt2. Tanpa SBC mungkin maksu terbobok-bobok untuk buat sendiri.
Yang kedua maksu nak mengucapkan terima kasih kepada sham atas kesudian beliau untuk membawa maksu dan yang lain2 untuk pergi berjalan2 sepanjang berada di Kota Kinabalu. Dari pergi ke Kinabalu Park, ”city by night”, Kota Kinabalu City Tour, Pulau Manukan, Pasar Gaya, dan macam2 lagi lah. Maksu ucapkan terima Kasih sgt2 sebab sudi bawak kitorang jalan. Kiranya sham dah jadi Supir kami lah sepanjang percutian kat KK ni. Tanpa Sham mungkin percutian kitorang kat Sabah akan terhad dari segi perjalanan untuk kemana-mana.TQ sham.
dan terima kasih jugak kepada Azraini, Siti Azura dan juga Faiz sbb join maksu untuk percutian kalini. Walaupun percutian ni dah dirancang masa awal tahun 2009 lagi alhamdulillah dgn izin tuhan dapat juga kita bercuti bersama-sama. Mmg best la korang. Harap plan yg akan dtg yg nak ke Perth tu akan menjadi..eh itu cuma plan manja2 je.INSYA ALLAH…..
Kepada korang yg membaca blog maksu ni, terima kasih la sgt2 sbb masih sudi baca lagi…Tapi maksu nak bg taw la yg entry ke Sabah ni mgkn akan di updet lewat siket sbb kene bg laluan la untuk entry maksu ke Hatyai, penang dan juga perkahwinan en sepul kita tu. kene lah ikut que kann..hehehehe.Sabar naaar…makaseeey korang.
Nota jari - Bulan march ni pulak aku akan ke Sarawak..korang tak leh ikut ye sbb aku ke sarawak nak dating berdua je dgn ‘dia’.he he he he

Posted in Aktiviti, Bersantai, Memory, Travel, opis | 8 Comments »
Published by
maksu on
January 7, 2010
Atas permintaan kawan-kawan aku, aku updet la jugak entry pasal rumah aku NI yer. Sbb ada yg minta nak tgok keadaan rumah baru aku yg kat BBU ni mcm mana. Dan ada satu lagi sebab tapi yg tu nanti aku cerita. Aku nak bg taw ni terus la kat korang yg rumah aku masih lagi renovation. Sikit je lagi nak siap. Lepas dah siap baru la plan nak hias rumah mcm mana. Rumah plak nak hias tak boleh la over-over, kalau hias over2 kang ada pulak mulut yg jahat kata rumah adik2 la, rumah Plu la. Eh aku tak ckp erk org yg cakap.
Bila dah siap rumah aku nanti aku try la upload kan kat blog ni. Itu pun ikut pada mood la. konsep aku skrg kan mcm ala2 Away gitew. Entry kali ni aku nak share dan upload kan gambar barang2 yg aku beli selepas pindah hari tu. Oh kenapa pulak erk aku nak kene upload gambar2 ni. Dah macam menunjuk la pulak kan. Hah ni la antara sebab-sebabnya aku nak updet pasal rumah. kalau korang nak tahu kisahnya ada la makhluk ciptaan ALLAH ni yg bermulut hampeh dan berfikiran cetek, bole komen kat blog ni cakap status kat FB aku tu propa ajo. Apa aku ingat takde duit ke nak beli barang2 yg aku updet status kat FB. So pada manusia yg komen kat blog ni tapi tak tahu nak menunjuk kan identiti tu sendiri meh aku tunjuk kat kau sama ada aku propa ke tidak ye. Nasib baik komen tu perlu di approve oleh aku.
Sebenarnya jauh disudut hati aku nak menunjuk diri boleh beli barang dalam masa serentak dekat org ramai inikan pula nak tunjuk yg aku byk duit dalam status FB aku baru2 ni. Niat aku masuk kan dalam Fb sekadar nak share dgn kawan2 rapat aku itu aje. Almaklum la masa duduk KL aku mana guna sgt TV ke mesin basuh ke atau apa je la. Tapi bila dah kat JB aku kene la ada benda2 tu semua. Sebab aku kat JB takde kawan2 sgt untuk lepak2 mcm kat Kl dulu. jadi niat aku masuk kan dlm FB hanya nak share dgn teman2 rapat dlm FB itu je. Tapi kalau ada manusia yg tak puas hati dgn statement status FB aku. Terpulang la. Itu bukan masalah aku, Tapi bila ada manusia yg cuba untuk menjatuhkan maruah dan mencabar kredibility aku sbg maksu,oh yang itu mmg tak boleh, aku kene perbetul kan lah.Betul tak?at least propa-propa aku, aku tunjuk kan bukti jugak drpd org yg komen tapi letak email entah apa2 entah smpi aku search pun tak jumpa. Takut dgn maksu ke? Tak perlu takut2. Aku org nya jenis terima teguran and very open minded. Aku lebih respect kalau org sound aku depan2 dr sound aku versi nyuruk2 ni. Terus terang jugak la aku bg tahu aku baca je komen dr org tu, aku terus bengang and stress. Sbb sebelum ni pun ada jugak yg komen berbunyi mcm tak suka dengan aku and kata macam2. Kalau korang ingat la yg aku pernah approve satu komen yg kutuk aku. Pelik la. Aku bukannya artis, aku bukannye dikenali sgt. knp nak maki and tak puas hati dgn aku. lain la kalau aku ada salah kan. Dan aku pun jarang untuk membenci org walaupun ada org yg byk kes dgn aku. Prinsip aku satu je lah. Pada yg dah lepas is lepas lah. Kalau aku pernah bergaduh sekalipun dgn sesiapa sebelum ni..secara jujur ye dari aku. HARI NI PADA 7/1/2010 AKU DAH TAK INGAT APA2 DAN SIAPA2 YG BERMASALAH DGN AKU. Sebab bg aku bila aku dah membenci org aku akan terus lupakan org tu and tak akan anggap org tu sbg kawan lagi. SAMPAI BILE2. Percaya lah. Jd jgn la salahkan aku kalau terserempak ke atau berselisih atau tengah lepak2 aku rela undur kan diri dari berjumpa dgn org yg dah aku black list dlm hidup aku. Budak2 kan. Yes i am. Prinsip tetap prinsip.
Lepas ni harap2 aku dapat kontrol sikit bila nak updet apa2 kat FB. Bahaya. Org yg aku tak kenal pun boleh tak puas hati dgn aku. Dah kenapa kan. And lagi satu aku tak kan Add friend dekat FB kalau aku tak kenal org tu. Tak pernah yer.melainkan aku hanya ADD FRIEND kalau terjumpa org yg aku kenal dlm fb dan mmg kenal dia. Baru aku yg ADD, kalau yg tak kenal mmg aku tak kan ADD(melain kan org tu comel and meletop)hahahaha. Tapi klu approve mmg ada.ok faham!NOKTAH.eh terlebey pulak menaip..eh korang layan la gambar ni ye terutama pada org yg komen kata aku propa dan suka menunjuk2 tu.makaseey!

Meja kat atas ni dibeli dekat IKEA. Naik kereta oke bawak balik ke JB. Jenis pasang siap. Tak tahu lah kukuh ke tak kukuh kerusi meja makan ni bila duduk. Sapa tahu siapa yg bagi alas meja kat atas tu. Beli kat Bali tu.jauuuh tu.

Tv kat atas ni aku beli masa PC fare kat Persada JB. 32 inci. Harga dia mur2 je. Jenama pun lite2 je. Bayaran secara kredit card separuh dan separuh lagi cash. Aku adalah manusia yg tak suka berhutang dgn bank. Sbb tu tak pakai lagi kot kereta.

Dapur elektrik ni dibelikan oleh SBC. Dia pesan kat aku, bila ada dapur elektrik ni boleh jimat sikit. Sebenarnya kan entah2 SBC nak suruh aku pandai memasak kot.

Mesin basuh ni aku beli kat Giant tampoi. Beli cash. tengah promosi katanya. Murah la tapi mkn ratus2 jugak. Tak perlu la lepas ni aku ke dobi lagi. Ada tak mesin yg boleh tolong lipatkan baju lepas basuh baju? kalau ada bg taw erk

Peti ais ni dibeli oleh Housemate aku iaitu Bond. Beli kat Giant Tampoi . Pun beli secara cash jugak.Eh ada fridge magnet la.Erm masih sikit lagi kan. kalau korang ada gi memana bole la bg ole2 kat aku fridge magnet yer. Aku tgh nak cuba collect Fridge magnet ni. makaseey.
Ada lagi barang2 lain yg aku beli tapi melampau la pulak kan smpi kan rak kasut pun nak kene masuk dalam blog. tak payah la. kang bertambah-tambah pulak org tak puas hati dgn aku..ops!
Nota syaitan – Entah2 yg tukang komen tu kan kawan aku sendiri yg mmg aku kenal.eh entah la. Aku rasa2 je.. mana la tahu bunyi org komen tu mcm tak puas ati je dgn aku..tapi ……Ada aku kesah ke?
Oh ada pesanan sikit….Entry yang aku pegi hatyai and majlis perkahwinan en sepul insya ALLAH aku akan updet selepas balik dr KK ye. tapi part by part la yerk…
Posted in Luahan, Travel, x puas hati | 4 Comments »
Published by
maksu on
January 5, 2010
Orang tak paham..
Tapi buat-buat paham
Orang tak tahu
Tapi buat-buat tahu,
Bila aku bersuara,
ada yang kata aku melatah,
Korang tak tahu,
Tapi kalau korang tahu pun buat apa,
Prinsip tetap prinsip,
Cara aku tetap cara aku.
kalau aku dibayar gaji rm 500,
standard rm500 la yg aku buat,
Noktah!

Posted in Luahan, x puas hati | 5 Comments »